Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Peniaga Abang Pancake Kartun Terima Sambutan Hangat Hingga Tular, Ramai Beratur Beli Hasil Kreatifnya

Peniaga Abang Pancake Kartun Terima Sambutan Hangat Hingga Tular, Ramai Beratur Beli Hasil Kreatifnya

Kategori: ,
abang pancake kartun

Kreativiti adalah satu anugerah istimewa yang tidak dimiliki oleh semua orang.

Ia merupakan kemampuan untuk mencipta sesuatu yang baru dari perspektif yang berbeza dan untuk menghasilkan idea-idea yang luar biasa.

Bercerita tentang kreativiti gerai peniaga pancake yang terletak di Melaka kini menjadi tular di media sosial.

Peniaga Abang Pancake Kartun Terima Sambutan Hangat Hingga Tular, Ramai Beratur Beli Hasil Kreatifnya

Menerusi video yang tular di laman sosial Tiktok milik abangpancakekartun, dia telah menceritakan pengalaman bagaimana memulakan perniagaan.

abang pancake kartun

Menurut  Nor Syahmizi Safuan atau lebih dikenali sebagai abang pancake, idea ini tercetus apabila isterinya teringin untuk makan pancake selepas melihat pembuatan kuih tersebut di laman sosial seorang penjual di Thailand.

Isterinya mengajak untuk ke Thailand semata-mata untuk merasai pancake tersebut namun tidak diendahkan olehnya.

“Tapi disebabkan dia tahu saya pandai lukis, dia mula buat bancuhan tepung pancake” -abang pancake

abang pancake kartun

Katanya, dengan rasa confident dia mula post di laman Tiktok hasil pertama membuat pancake dan tidak disangka mendapat komen yang positif sehingga ada yang minta untuk meniaga”

Sambutan hangat daripada pelanggan mula dirasai Azman apabila videonya membuat pancake kartun tular di laman TikTok.

Pelanggan yang datang tidak hanya dari kawasan sekitar, malah ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk merasai sendiri pancake hasil tangannya.

abang pancake kartun

Peningkatan permintaan yang mendadak juga mendorong Azman untuk mempelbagaikan lagi rekaan pancakenya.

Dari watak-watak animasi terkenal seperti Goku dan Doraemon, hinggalah kepada karakter tempatan seperti Keluang Man, kesemuanya dihasilkan dengan teliti dan penuh seni.

Lebih mengagumkan lagi, meskipun baru beroperasi sekitar enam ke tujuh bulan, gerai Abang Pancake Kartun telah menerima sambutan hangat daripada pengunjung.

Dari kisah ini, bukti nyata bahawa dengan usaha dan semangat yang tidak pernah luntur, kejayaan pasti akan tiba.

Sumber: abangpancakekartun

Baca juga: “Memang Unik!” – Peniaga Pakai Topeng Gogal Untuk Bakar Kuih, Caranya Tarik Tumpuan Ramai

tags: | |