Bulan Ramadan merupakan bulan di mana orang-orang turun berniaga untuk mengimarahkan dan meraikan bulan yang mulia ini. Mereka berniaga makanan dan minuman untuk juadah sahur, iftar atau moreh misalnya kepada pelanggann.
Tetapi, nasib tidak menyebelahi seorang peniaga untuk satu hari apabila dia terpaksa mengorbankan air jualannya sebanyak 4 balang kerana tercampur dengan air hujan.
Mungkin apabila hujan turun secara tiba-tiba bersama angin kencang menyukarkan keadaan. Ditambah pula dengan cuaca yang tidak menentu mengakibatkan dia tidak sempat menyelamatkan barang jualannya.
Dia yang menghadapi dugaan tersebut dilihat tetap tabah dan percaya kejadian ini sudah tertulis malah ada rezeki yang lebih besar akan tiba dan datang.
“Takpa rezeki Allah itu luas,” katanya yang berniaga di Subang Flora, Selangor.
https://www.tiktok.com/@nrealya/video/7214515586292927771?q=nrealya&t=1679878998994
@nrealyapermudahkanlah segala urusan ibuayah saya Ya Allah🤲🏻🥰♬ الصوت الأصلي – لــ ؏ـبـدالـࢪحــمۘـــنۨ🖤
Melihat ruangan komen, ramai yang turut bersimpati dan mendoakan agar urusan peniaga air balang tersebut dipermudahkan.
“Saya dah pernah lalui meniaga tepi jalan ni. Kena tahan mental. Berhujan panas meniaga tak ada customer. Rezeki tu luas insyaAllah pasti ada. Positif,” kongsi seorang netizen dengan nama Haliena Hassan kepada peniaga air balang terbabit.
“Rezeki Allah tu luas. Mak saya dulu meniaga restoran pernah dapat RM5 ja. Sekarang Alhamdulillah bukak gerai tepi jalan,” komen seorang lagi netizen.
“Hadir peniaga jalanan. Semoga Allah permudahkan segala urusan abang dan semoga Allah memberi rezeki seluas lautan yang tiada penghujung, Amin”, komen Syahkamal.
Semoga peniaga-peniaga di luar sana yang gigih keluar mencari rezeki dipermudahklan urusan buat semuanya.
Sumber: nrealya