Dalam berniaga, segala maklum balas orang ramai ataupun dipanggil sebagai feedback sememangnya diperlukan oleh peniaga untuk menambah baik kualiti jualan masing-masing. Ada peniaga yang boleh menerima teguran dan ada juga sebaliknya. Ia bergantung kepada peniaga dan cara tegur berkenaan.
Seperti kisah yang dikongsilah oleh peniaga air balang yang menjual Teh Ais Pukaw, tindakannya dipuji oleh netizen apabila dia menerima teguran dengan hati terbuka tanpa melenting. Sikap ini amat dianjurkan kepada peniaga untuk menambah baik servis perniagaan yang diusahakan.
Melalui perkongsian video itu, seorang netizen telah menegur alat pengacau yang digunakan peniaga terbabi. Katanya ada kesan hitam yang dianggapnya tidak bersih. Tanpa melenting, peniaga teh tarik bernama Shamsul Haq itu membalas komennya dengan santun dan ikhlas serta menyatakan kata maaf.
“Berkenaan komen ni (tak jadi lah beli lepas tengok pemegang air tu). Okay daripada aku sendiri, kita minta maaf lah kalau ada yang tak berapa selesa mata korang. Kita ambil dari sisi positif. Saya dah minta team saya untuk basuh betul-betul basuh.
“Tapi kalau terlampau teruk, kita akan tukar barulah. Saya ambil komen-komen korang ni dari sisi positif,” katanya dalam video perkongsian itu.
@shamsulhaq064 ARWAH BAIK ORANGNYA🥲🥲🥲#TEHAISPUKAW #JAGUNGPUKAWBERHANTU #BUKANBIASHEBIASHE #BROTHERPUKAW DI BANTU OLEH @itsme_iq
@shamsulhaq064 ARWAH BAIK ORANGNYA🥲🥲🥲#TEHAISPUKAW #JAGUNGPUKAWBERHANTU #BUKANBIASHEBIASHE #BROTHERPUKAW DI BANTU OLEH @itsme_iq ♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi
@shamsulhaq064 ARWAH BAIK ORANGNYA🥲🥲🥲#TEHAISPUKAW #JAGUNGPUKAWBERHANTU #BUKANBIASHEBIASHE #BROTHERPUKAW DI BANTU OLEH @itsme_iq ♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi
Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang memuji sifat peniaga terbabit. Kata mereka, peniaga haruslah bersikap berfikiran terbuka seperti ini untuk memajukan lagi perniagaan yang diceburi itu. Mereka juga mencadangkan peniaga teh tarik tersebut menukar alat pengacau plastik kepada besi.
“Terbaik bang. Saya suka orang yang boleh terima teguran ni. Tenang je jawab. Mantap,” kata netizen bernama Abang Botak.
“Beli yang steel (besi) pun tak apa,” komen Mohamad Rizal.
“Basuh kalau guna sponge memang kurang sikit hilang. Beli berus kecil macam basuh botol susu. Saya suka guna tu untuk cuci celah-celah yang susah masuk,” ujar netizen bernama Iyana Sabran memberi pandangan.
Melalui kisah peniaga air balang teh tarik ini, mungkin boleh diambil pengajaran juga buat peniaga lain. Misalnya, sentiasa terbuka hati dalam menerima nasihat dan juga sentiasa meniktikberatkan kebersihan walau ia sekecil-kecil keadaan kerana sebagai manusia mungkin ada yang tak perasan.
Semoga semua peniaga di luar sana dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.
Sumber: Shamsulhaq
Baca juga: “Layanan Macam 5 Bintang..”, Gadis Cina Sedang Makan Lemang Di Warung, Tiba-Tiba Lelaki Melayu..