Biasanya, jika kita berkunjung ke kedai makan luar, makanan yang tidak dapat dihabiskan kerana faktor kekenyangan ataupun kesuntukan masa akan dibawa pulang untuk mengelakkan daripada pembaziran.
Ada sesetengah kedai makan yang mengenakan caj apabila kita menyuruhnya untuk membungkus lebihan makanan. Tetapi, lain pula dengan kisah sebuah kedai makan Garden Western Grill yang menyediakan khidmat layan diri untuk bungkus makanan yang tidak habis.
Mereka telah menyediakan segala peralatan seperti plastik dan bekas bungkusan untuk memudahkan pelanggan. Tetapi, ada juga pelanggan yang marah-marah apabila pihak kedai makan menyuruh pelanggan berbuat demikian.
Hantaran yang tular baru-baru ini menceritakan pekerja kedai makannya dimarahi pelanggan apabila pekerja tersebut menyuruh pelanggan berkenaan membungkus makanan yang tidak habis olehnya sendiri.
“Diminta customer yang dihormati layan diri untuk bungkus makanan yang tak habis makan. Semalam pekerja Tom kena marah dengan customer yang muda-mudah dan sihat.
“Tolong lah layan diri sebab bekas tapau tom bagi free. Pakai je berapa yang nak untuk bungkus. Sekian,” kata pegusaha kedai makan terbabit dalam penerangan kisah dimarahi pelanggan tersebut.
Melalui hantaran berkenaan, terdapat satu papan tanda yang bertulis ‘layan diri untuk bungkus makanan tak habis’ di kedai meja makannya.
Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang bersetuju bahawa cara pengusaha kedai makan tersebut adalah betul dan benar. Apatah lagi dengan memberi bungkusan makanan secara percuma tanpa terhad. Sepatutnya, pelanggan bersyukur dengan cara layan diri sedemikian.
“Suka cara macam ni. Kadang-kadang nak minta staff bungkuskan kalau dorang sibuk tak sampai hati. Nak tinggal membazir. Macam ni senang, boleh pergi bungkus sendiri,” kata netizen bernama Ezwanie.
“Macam ni bagus, kadang segan nak suruh bungkus dengan keadaan makanan dah terusik jadi macam tongkang pecah. Nak tinggal sayang, kita bayar kan. Sampai rumah mesti tetiba lapor semual. Hmmm,” kata netizen lain bernama Azra berkenaan kisah layan diri bungkus makanan tersebut.
“Maaf nak cakap, kadang-kadang dorang ni just malas. Fikir dorang bayar semua kena buat kan. Silap-silap makan pun kena tolong suap kan,” komen Mohamad Deezam.
Sebagai seorang pelanggan juga, min setuju denga peniaga berkenaan membuat servis layan diri bungkus makanan. Janganlah malas sangat sampai benda percuma dan remeh pun diperbesarkan. Jom jadi orang berilmu dan beradab. Jadilah pelanggan yang bijak!
Tahniah buat peniaga Gardern Western Grill berkenaan! Semoga dimurahkan rezeki selalu.
Sumber: Garden Western Grill