Sebagai seorang pengusaha kedai makan dan restoran, aspek kebersihan perlulah sentiasa diutamakan. Ini bukan sahaja bagi menjaga mutu makanan dan minuman yang disediakan tapi juga keselematan pelanggan.
Namun ada segelintir peniaga yang memandang rendah akan perkara itu. Dari sekecil hal boleh terlepas pandang, amalan kebersihan yang kurang baik dari peniaga boleh buat pelanggan berasa kurang senang dan jijik.
Terbaharu, seorang wanita, azuingggggggg telah memuat naik sebuah video di laman media sosial untuk berkongsi perkara jijik yang telah dilakukan oleh seorang peniaga.
Untuk mengisi perut yang lapar, wanita tersebut telah mengunjungi sebuah gerai yang berhampiran. Berminat untuk menikmati lontong yang ada, dia membungkusnya untuk dimakan kemudian.
Tapi ketika ingin menghidangkannya, wanita itu terkejut apabila melihat getah yang digunakan peniaga untuk mengikat kuah lontong itu. Menggunakan getah rambut, hal itu terus membuatnya hilang selera untuk makan.
@aweeeeeeeenn kuah lontong gais 😌 #fypdongggggggg #fypシ゚viral #fypシ
@azuingggggggg kuah lontong gais 😌 #fypdongggggggg #fypシ゚viral #fypシ ♬ original sound – Bubih
Di ruangan komen pula, orang ramai bukan sahaja terkejut malah sependapat dengan wanita itu. Walaupun tak cukup getah sekalipun, peniaga tidak seharusnya mengambil getah rambut yang ada dan menggunakannya untuk mengikat mana-mana makanan.
Walaupun mungkin bagi segelintir pihak, perkara ini bukannya sesuatu yang besar tapi ada juga yang tak dapat menerima tindakan peniaga tersebut yang tergamak menggunakan getah rambut untuk mengikat kuah itu.
Semoga diambil iktibar dari perkara ini dan janganlah kita memandang temeh akan hal kebersihan baik peniaga mahupun pelanggan.
Kredit: azuingggggggg
Baca Juga: “Memang Akan Ketuk Harga..” – Peniaga Jual Lobster RM300, Lelaki Ini Tak Tahan Kena Paksa Beli