Seorang pengusaha sebuah kedai makan perlulah mementingkan kebersihan dan kualiti makanan yang dihidangkan kepada pelanggan. Selain itu, keselamatan pelanggan perlu juga dititikberatkan. Hal ini dapat mengelakkan sebarang kecelakaan yang mungkin berlaku. Oleh itu, peniaga bertanggungjawab dalam memastikan premis perniagaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan bebas dari sebarang haiwan perosak dan berbahaya.
Terbaru, seorang peniaga berkongsi detik cemas yang baru sahaja terjadi di kedai makan miliknya ketika sedang berniaga. Pengguna, ustazalinljt, memuat naik video tersebut di laman TikTok ketika terjumpa sesuatu yang aneh.
Ketika kedai makan mula sibuk dan dipenuhi pelanggan yang beratur ingin mendapatkan makanan yang dijual, matanya mula menyedari makhluk ‘lain’ yang berada di dalam kedainya. Bila dilihat secara lebih dekat, rupanya ia adalah seekor ular yang ‘menumpang’ ketika cuaca di luar sedang hujan lebat.
Tidak disedari oleh pelanggan lain, haiwan itu sedang membelit di sebatang kayu dan jika tidak dihalau, ia boleh membahayakan pelanggan yang berada berdekatan.
@ustazalinljt Hujan-hujan ni ada hamba Allah nak ikut berniaga
@ustazalinljtHujan-hujan ni ada hamba Allah nak ikut berniaga♬ original sound – Ustaz Ali NLJT
Menjengah di ruangan komen, walaupun segelintir warganet panik dengan penampakan makhluk tersebut, namun mereka mengulas bahawa mungkin haiwan itu sedang menumpang di kedai tersebut memandangkan keadaan cuaca.
Namun, ada juga yang mengingatkan peniaga tersebut supaya berhati-hati kerana kehadiran haiwan itu mungkin mempunyai petanda yang tidak baik.
Hati-hatilah ketika berniaga. Sebelum meniaga, pastikan kedai makan berada di dalam keadaan yang selamat dan bebas dari sebarang haiwan perosak dan berbahaya. Jika menjumpai ular atau haiwan yang membahayakan, segera hubungi pihak berkuasa untuk menguruskannya.
Kredit: TikTok ustazalinljt