Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Order Sudah Siap Dibungkus & Sedia Untuk Dihantar, Akhir Sekali Peniaga Ini Kena Scam Dengan Pelanggan

Order Sudah Siap Dibungkus & Sedia Untuk Dihantar, Akhir Sekali Peniaga Ini Kena Scam Dengan Pelanggan

Kategori:
KENA SCAM DENGAN PELANGGAN

Nama sudah manusia, tentu ada yang baik dan ada juga yang buruk. Bagi mereka yang sudah lama melibatkan diri dalam industri F&B (Food & Beverages), sudah tentu pernah menemui pelanggan dari ‘neraka’ yang telah bertindak tidak bertanggungjawab dan selalu menyusahkan peniaga.

Tak cukup dengan menyusahkan, individu sebegini juga boleh mengakibatkan kerugian dan menyebabkan para peniaga berasa putus semangat dan kecewa ketika sedang berusaha mencari rezeki yang halal.

Order Sedia Untuk Dihantar Tapi Kena Scam Dengan Pelanggan

Terbaru, seorang peniaga, berkongsi peristiwa sedih yang baru sahaja berlaku padanya. Berkongsi hal itu di laman TikTok menerusi akaun, meatballicious_, peniaga itu pada mulanya berasa teruja apabila menerima satu pesanan dari salah seorang pelanggannya. Ingin dihantarkan pada rumahnya pada jam tiga petang, peniaga tersebut dan pekerjanya tidak membuang masa untuk menyiapkannya.

Namun apabila makanan sudah siap dibungkus dan sedia untuk dihantar, pelanggan itu menyepi. Meminta lokasi dan cuba dihubungi, segala mesej dari peniaga itu tidak dilayani. Walaupun status WhatsApp pelanggan itu tetap online, tapi dia masih lagi tidak mengedahkan cubaan peniaga itu untuk menghubunginya.

Walaupun cuba untuk menelefon melalui nombor pekerja, pelanggan itu masih lagi tidak menjawab segala panggilannya. Akhir sekali peniaga itu telah diblock oleh pelanggan tersebut. Menyedari dirinya telah kena scam dengan pelanggan itu, dia hanya mampu berdoa agar pelanggan itu diberikan hidayah dan peniaga diluar sana tidak ditimpa peristiwa sama. KENA SCAM DENGAN PELANGGAN KENA SCAM DENGAN PELANGGAN

@meatballicious.cafe

Kalau kita mudahkn urusan orang insya allah Allah mudahkn urusan kita😔 kami hnya anggap itu bukn rezeki kami. #fyp #fypシ #myfoodie #meatballicious

♬ original sound – FahimiR – Fahimi

@meatballicious_ Kalau kita mudahkn urusan orang insya allah Allah mudahkn urusan kita😔 kami hnya anggap itu bukn rezeki kami. #fyp #fypシ #myfoodie #meatballicious ♬ original sound – FahimiR

Lain Kali Berhati-Hati

Bersimpati dengan nasib yang telah menimpa peniaga tersebut, warganet menasihatkannya untuk lebih berhati-hati dan mengambil beberapa langkah supaya hal sebegini tidak berlaku lagi. KENA SCAM DENGAN PELANGGAN KENA SCAM DENGAN PELANGGAN

Tak sangka ada juga segelintir individu yang sanggup berbuat sebegini pada para peniaga yang sedang gigih mencari rezeki. Sebelum bertindak sebegini, ingatlah bahawa apa yang kita lakukan pada orang lain sudah pasti akan dibalas balik. Jika berbuat jahat dan menyusahkan orang lain, sudah tentu hal itu akan terjadi pada diri kita suatu hari nanti.

Kredit: TikTok meatballicious_

Baca Juga: “Terus Tak Syok Weh!” Mood Bercuti Dengan Kawan-Kawan Terus ‘Spoil’ Gara-Gara Perlu Hadap Drama Hubungan

tags: |