Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Peniaga Jual Barang Dapur Dengan Kuantiti Sedikit Dalam Gelas Plastik, Kaedah Ini Mampu Bantu Pelanggan Susah

Peniaga Jual Barang Dapur Dengan Kuantiti Sedikit Dalam Gelas Plastik, Kaedah Ini Mampu Bantu Pelanggan Susah

Kategori: ,
barang dapur

Jika kita ke kedai atau pasar raya terdekat, barang dapur dijual dalam betul botol atau bentuk paket.

Harga yang dijual pula mengikut harga pasaran atas jenama masing-masing.

Peniaga Jual Barang Dapur Dengan Kuantiti Sedikit Dalam Gelas Plastik, Kaedah Ini Mampu Bantu Pelanggan Susah

Tetapi lain pula dengan beberapa buah kedai runcit di sebuah kampung di Semporna, Sabah. Mereka menjual barang dapur seperti garam, minyak dan sos dengan meletakkan ke dalam gelas plastik mengikut kuantiti yang dijual dengan harga sen.

Mengikut hantaran yang tular baru-baru ini di laman Facebook, satu akaun dengan nama 1SABAH berkongsi kisah itu dan mendapat perhatian ramai.

Ia menjadi perbincangan netizen apabila ramai yang baru mengetahui tentang kaedah penjualan tersebut. barang dapur

Menurut hantaran akaun tersebut, beberapa kedai runcit di Semporna, Sabah menjual dengan cara tersebut apabila mereka ingin menolong orang kampung yang susah supaya mereka mampu membeli barangan dapur.

Jual Kuantiti Sedikit, Harga Pun Murah

“Kenapa mereka menjual dengan cara ini? Sebab sebahagian penduduk kampung tidak mampu untuk beli sepaket garam, walaupun harga RM3.

“Bila dijual sebegini, harganya baru 30sen. Begitu juga dengan minyak masak. Harrganya 50 sen,” tulis perkongsian dari 1Sabah berkenaan. barang dapur

Tambahnya lagi, para peniaga di kampung-kampung pedalaman boleh mempertimbangkan cara ini untuk membantu pendudukk kampung yang kurang berkemampuan.

Melihat kepada komen netizen tentang penjualan barang dapur di dalam gelas ini, rata-rata berpendapat bahawa inisiatif tersebut sangat bagus kerana secara tidak langsung banyak membantu orang yang memerlukan.

“Memang membantu penduduk setempat. Terbaik! Semoga peruncit ini diberi kemudahan dan kebahagiaan,” komen seorang netizen. barang dapur

Alternatif Lain Dari Kerajaan?

Selain itu, ada juga netizen yang mengambil cakna tentang tanggungjawab kerajaaan untuk menyelidik tentang alternatif lain, memandangkan alternatif ini agak terkesan kepada pencemaran laun dan daratan. barang dapur

Sumber: 1SABAH

Baca juga “Mula Dari Rumah, Kini Jual Hingga 100 Juta..”, Roti Canai Rakyat Malaysia Terjual Sampai AS, Eropah, Ini Ceritanya..

tags: |