Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tak Sangka Karipap Inti Oksigen Peniaga Ini Jadi Sambutan Hangat, Ramai Yang Tanya Tempat Kat Mana..

Tak Sangka Karipap Inti Oksigen Peniaga Ini Jadi Sambutan Hangat, Ramai Yang Tanya Tempat Kat Mana..

Kategori:
karipap inti oksigen

Karipap oksigen biasanya disebut-sebut apabila karipap yang dijual oleh peniaga mempunyai inti yang sangat sedikit berbanding kulit karipap yang besar.

Tetapi lain dengan seorang penjual karipap yang memang menyediakan kuih karipap oksigen untuk dijual kepada pelanggan yang mahukan karipap sebegitu.

Peniaga Jujur Jual Karipap Inti Oksigen, Siap Tulis & Jual Pada Pelanggan. Ramai Yang Tanya Tempat Kat Mana..

Video yang dikongsikan oleh seorang influencer makanan bernama abucarimakan yang menunjukkan peniaga memasak karipap telah tular di media TikTok dan juga X sekaligus mendapat komen yang pelbagai dari orang ramai.

“Tak sangka ada orang jual karipap oksigen. Memang ada sambutan karipap oksigen ni sesuai la untuk budak-budak atau orang tua yang tak suka makan inti. Boleh cuba memang penuh oksigen dia bagi,” tulis abucarimakan dalam keterangan gambar.

Menurut peniaga terbabit, ada cetusan idea yang terjadi apabila dia mengambil keputusan untuk menjual karipap inti oksigen yang dijual dengan 30 sen sebiji.

“Idea dia sebab karipap inti tak habis, lepastu dia punya kulit ada lebih dan macam sayang lah nak buang, nak buat apa eh.

“Lepastu cakap buatlah karipap inti oksigen sebab ada budak-budak yang suka makan karipap tanpa inti.

“Lepastu kami buat dan try jual, laku pulak. Letak-letak habis,” ceritanya dalam video berkenaan.

Tambahnya lagi, sejak dia menjual karipap inti oksigen, banyak permintaan yang menyuruhnya menjual karipap versi sebegitu secara berterusan.

Karipap Ini Laku Keras, Hingga Ada Banyak Permintaan – Peniaga

Melihat komen netizen, ramai orang bertanyakan tentang lokasi kedai untuk mencuba dan mendapatkan karipap berkenaan.

“Wehhh ini satu kebahagiaan untuk orang yang makan karipap buang inti macam aku,” kata netizen dengan nama AN.

“Aku minat karipap takda inti ni,” tulis netizen lain dengan nama _undertale 1

“Pos ke sini kak. Geram saya, anak duk kokak kelim tu aja. Inti pi buang. Hari-hari nak karipap. Kita tolong makan inti,” kata Nurun Nuha.

@abucarimakan

Tak sangka ada orang jual Karipap Oksigen 😀😀 Memang ada sambutan Karipap Oksigen ni sesuai la utk budak-budak @ orang tua yg tak suka makan inti boleh cuba memang penuh oksigen dia bagi 👍👍 ✅ @hanibonbon 11, Jln Sungai Tua, Kampung Sungai Tua Bahru, 68100 Batu Caves, Selangor

♬ bunyi asal – abucarimakan – abucarimakan

@abucarimakan Tak sangka ada orang jual Karipap Oksigen 😀😀 Memang ada sambutan Karipap Oksigen ni sesuai la utk budak-budak @ orang tua yg tak suka makan inti boleh cuba memang penuh oksigen dia bagi 👍👍 ✅ @hanibonbon ♬ bunyi asal – abucarimakan

Haaa! Terbuktilah karipap inti oksigen ni ada peminatnya tersendiri. Memang laku keras peniaga ni jual hingga selalu ada permintaan. Untuk korang yang tengah mencari di mana lokasi kedai ini, Min letak informasi di bawah.

Lokasi: 11, Jln Sungai Tua, Kampung Sungai Tua Bahru, 68100 Batu Caves, Selangor

Sumber: abucarimakan 

Baca juga: Resepi Capati Guna Tepung Gandum Je! Paling Mudah Juga Sedap! Makan Dengan Sambal & Kari

tags: | |