Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Memang Akan Ketuk Harga..” – Peniaga Jual Lobster RM300, Lelaki Ini Tak Tahan Kena Paksa Beli

“Memang Akan Ketuk Harga..” – Peniaga Jual Lobster RM300, Lelaki Ini Tak Tahan Kena Paksa Beli

Kategori:
LOBSTER RM300

Dalam keadaan ekonomi sekarang yang sangat mencabar, orang ramai bergelut untuk mencari pendapatan demi meneruskan kehidupan.

Antara yang turut terkesan adalah golongan nelayan yang telah bersusah-payah ke laut untuk mencari hasil tapi sering pulang dengan tangan yang kosong gara-gara orang ramai tidak begitu membeli makanan laut semenjak harganya meningkat.

Meskipun kehidupan agak sukar, namun ianya merupakan satu kesalahan apabila mereka memaksa orang lain untuk membeli hasil tangkapan.

“Memang Akan Ketuk Harga..” – Peniaga Jual Lobster RM300, Lelaki Ini Tak Tahan Kena Paksa Beli

Mengunjungi sebuah pasar baru-baru ini, seorang lelaki, sarulhafiz19, telah memuat naik sebuah video dan berkongsi satu pengalaman kurang menyenangkan yang telah menimpa ke atas dirinya.

Mungkin meluangkan waktu untuk bercuti-cuti dan melihat pemandangan, lelaki itu kemudian didekati dengan beberapa orang kanak-kanak dan remaja yang membawa satu baldi yang penuh dengan lobster segar. LOBSTER RM300

Menjualnya dengan harga yang mencecah sehingga RM300 seekor, lelaki itu menolak jualan mereka. LOBSTER RM300 LOBSTER RM300

Namun hal yang tidak diduga berlaku apabila penjual tersebut cuba memujuk lelaki tersebut dan keluarga untuk membeli lobster mereka. Keras menolak, dia terus beredar dari situ tapi tetap dikejar mereka sehingga kereta.

@sarulhafiz19 #lobster #viral #selamathariraya #aidilfitri ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Menjengah di ruangan komen pula, ada beberapa individu tampil untuk berkongsi pengalaman sama bila terkena perkara yang sama.

Menurut pengguna desmondcmc, dia yang baru sahaja pulang dari Sabah turut dipaksa membeli lobster dengan harga sebegitu seekor. Walaupun diminta untuk kurangkan ke RM100, si penjual tetap tidak berganjak.

Yang Pernah Terkena Tahu Rasanya LOBSTER RM300 LOBSTER RM300

Meniaga sekarang bukannya sesuatu yang mudah. Namun peniaga tidak seharusnya memaksa dan cuba meraih simpati pelanggan dengan cara sebegini.

Hal ini juga membuat pelanggan berasa tidak selesa. Sekali ditolak, tak perlulah meminta-minta untuk dibeli kerana lama-kelamaan, pelanggan turut akan berasa meluat.

Kredit: sarulhafiz19

Baca Juga: “Ingatkan Belon!” – Aksi Wanita Tiup Paru-Paru Kambing Mentah Dengan Selamba Curi Perhatian Netizen

tags: | |