Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Call Tak Angkat, Mesej Tak Balas..”, Peniaga Kedai Makan Kesal Modal Habis Beribu, Tak Sangka Pekerja Buat Macam Ni

“Call Tak Angkat, Mesej Tak Balas..”, Peniaga Kedai Makan Kesal Modal Habis Beribu, Tak Sangka Pekerja Buat Macam Ni

Kategori:
peniaga kedai makan kesal

Dalam berniaga, peniaga tidak mampu lari daripada menempuh pelbagai dugaan dan cabaran sebelum berjaya. Demi kelangsungan hidup, cabaran harus dihadap bersama kesabaran dan tindakan yang waras.

Ada cabaran yang tidak dijangka dan ada juga yang sebaliknya. Dalam kegawatan ekonomi ini juga, peniaga harus memikirkan banyak jalan untuk membiarkan operasi perniagaan berjalan dengan lancar. Seperti memikirkan kos luaran dan dalaman yang memainkan peranan yang paling penting di sini.

“Call Tak Angkat, Mesej Tak Balas..”, Peniaga Kedai Makan Kesal Modal Habis Beribu, Tak Sangka Pekerja Buat Macam Ni

peniaga kedai makan kesal

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang peniaga roti canai, dia menceritakan bagaimana seorang pekerja melalukan hal yang tidak disangka sehinggakan dia mengalami kerugian dalam pengeluaran modal.

Menurutnya, dia mengambil pekerja kerana sememangnya ingin menolong orang yang tiada pekerjaan. Tetapi hal yang sebaliknya pula berlaku.

“Tak sangka kena scam! Dapat berniaga sehari je. Niat aku nak tolong orang je. Dah cakap nak kerja, laki bini buat hal. Penebar roti canai buat hal, aku tunggu pagi tadi tak datang pun. Dia cakap motor buat hal, aku boleh terima lagi.

“Tunggu punya tunggu, tak datang jugak. Call tak angkat, ws tak balas. Banner ni pun baru petang semalam aku pasang. Modal beribu habis beli barang-barang. Tak apalah, mungkin ini ujian Allah SWT.

“Selamat tinggal banner roti canai. Terpaksa cari penebar lain atau cari tukang masak lain, aku reda. Mula-mula nak sangat kerja, last-last bayang pun tak ada,” tulisnya dalam video peniaga kedai makan kesal modal habis beribu.

peniaga kedai makan kesal

Terpaksa Cari Penebar Roti Canai & Tukang Masak Lain

Menurut video yang dikongsikan, dia menunjukkan banner roti canai yang dipasang di kedai terpaksa diturunkan semula oleh kerana pekerja yang diam membisu tidak memberi perkhabaran.

peniaga kedai makan kesal

@abamkrai Kisah pendek sedihhhh doo!!! #roticanai #berniaga #niatnakbantuorg #fypシ ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang bersimpati dan menyuruh agar peniaga terbabit tidak putus asa dan semangat dalam berniaga. Mungkin Tuhan ingin berikan sesuatu yang lebih baik lagi pada masa yang akan datang.

“Sabar je bang, kalau boleh belajar tebar sendiri. Kalau pakai pekerja memang macam tu lah,” kata netizen.

“Kita beribu habis, pekerja tak datang,” tulis netizen lain bernama Abe Chah memberi komen berkenaan kisah peniaga kedai makan kesal modal habis beribu.

Sabar, Mungkin Ada Rezeki Lain Yang Akan Tiba – Netizen

peniaga kedai makan kesal

Melalui kisah peniaga kedai makan kesal modal habis beribu ini, diharap pekerja memberi perkhabaran tentang apa yang berlaku kepada majikan. Ia memberi impak besar kepada peniaga kerana sudah melaburkan modal yang besar dan jika ada masalah, mungkin ia boleh diselesaikan bersama. Semoga urusan semua pihak dipermudahkan oleh Tuhan.

Sumber: Pakdo Store 

Baca juga: Mydin Beri Peluang Pekerjaan Untuk Golongan OKU Dengan Gaji Sama, Doktor Kongsi Kisah Terharu Pesakitnya

tags: | |