Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Baru 7 Bulan Buka, Peniaga Kek Redha Alami Kerugian, Banyak Kek & Chiller Rosak

Baru 7 Bulan Buka, Peniaga Kek Redha Alami Kerugian, Banyak Kek & Chiller Rosak

Kategori:
peniaga kek rugi

Saban tahun, menjelang akhir tahun, rata-rata negeri di Pantai Timur dilanda banjir. Sekali lagi mereka yang tinggal di kawasan yang rendah diuji lagi. Namun begitu, pada tahun ini, 2022 banyak kawasan di Pantai Timur terjejas, lebih-lebih lagi di Kelantan dan Terengganu.

Hujan yang masih lagi tidak berhenti sejak beberapa hari lepas telah menenggelamkan beberapa buah daerah dikedua-dua negeri tersebut. Malah ada juga beberapa tempat yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir turut terjejas.

Pelbagai kejadian dan cerita sedih yang berlaku pada musim banjir kali ini. Selain tempat tinggal ditenggelamkan air, ada juga yang kehilangan ahli keluarga dan peniaga yang mengalami kerugian yang cukup besar.

Baru 7 Bulan Buka Peniaga Kek Redha Alami Kerugian, Banyak Kek & Chiller Rosak

Seperti mana yang berlaku kepada peniaga kek, hanaliciouscakes yang baru sahaja membuka kedai 7 bulan yang lepas. Terbaharu kedainya yang terletak di Kota Bharu, kelantan telah dinaiki air banjir. Ekoran itu, kira-kira 60% dari jumlah kek yang siap sedia di dalam chiller rosak.

Belum termasuk lagi dengan kira-kira 7 biji chiller yang bakal tenggelam di dalam air. Menerusi video tersebut, dapat dilihat kek yang berada dalam keadaan tunggang langgang di dalam chiller yang terapung itu. Walaubagaimanapun, peniaga kek ini redha dengan apa yang berlaku.

“baru 7 bulan buka kedai kat sini. 5 biji chiller kami tunggu masa tenggelam dalam air”

Episod hitam yang paling ditakuti pemilik kedai tersebut akhirnya berlaku jua. Walaubagaimanapun, dia redha dengan apa yang berlaku.  “akhirnya yang kami takuti, terapung juga chiller kek kami. Chiller hampir tumbang. 60% kek rosak. Ya Allah, aku redha”

@hanaliciouscakes

baru 7 bulan buka kedai kat sini..5 biji chiller kami tunggu masa tergelam dalam air…😭 #fypシ #fypsound #tiktokviral #fypシ゚viral

♬ original sound – zzack🍁 – ki misri🍁

@hanaliciouscakes baru 7 bulan buka kedai kat sini..5 biji chiller kami tunggu masa tergelam dalam air…😭 #fypシ #fypsound #tiktokviral #fypシ゚viral ♬ original sound – zzack🍁

Sedekah je dekat orang..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Selain ada yang turut bersedih dan meminta peniaga kek ini agar bersabar, ada juga yang meninggalkan komen menasihati peniaga ini agar menyedahkan kek-kek tersebut.

“sedekah kat org..boleh dimakan lagi Tu..letak Dalam besen..dia terapung ..jdi kek selamat boleh makan..”, nasihat Medina Aishah.

“sedekah je kat org.. semua perlu makan dalam keadaan gitu”, – melly_814

Dalam masa yang sama, ada juga yang meninggalkan komen dan menyatakan semoga peniaga kek ini digantikan dengan yang lebih baik oleh Allah.  “smga Allah ganti lebih lagi dri yg kerugian ni”, tulis farinieaini

Manakala Nur Syha pula sempat meninggalkan beberapa cara untuk mengelakkan kerosakan chiller. Iaitu buka pintu sedikit supaya terapung. Setelah air surut, jemur di bawah matahari.  “kena buka sikit pintu baru x terapung..tp kena off plug n clear lah peti tu..semoga dipermudahkan urusan.. lepas surut nanti, jemur matahari 1-2 mggu”

Apa pun, semoga akak peniaga kek ini diberikan kesabaran dan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik selepas ini. Begitu juga dengan peniaga dan mereka yang terjejas dalam bencana banjir kali ini.

Sumber: TikTok hanaliciouscakes

Baca juga: “Oohh Pekat..” Reaksi Pemuda Luar Kelantan Kali Pertama Cuba Tapai Pulut Buat Ramai Terhibur

tags: | | | |