Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

“Siapa Yang Salah?”, Peniaga Kesal Rider Datang Marah Campak Makanan Sebab Tumpah, Tak Kisah Buat Balik Tapi Cara Kena Beradab

Cik Daun by Cik Daun
Februari 3, 2023
in Berita
3 min read
0 0
0
kesal rider datang marah
0
SHARES
144
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti sedia maklum, servis penghantaran makanan secara atas talian menjadi antara pilihan kegemaran orang ramai kerana ia memudahkan urusan dan kerja. Pelanggan memesannya melalui aplikasi dan peniaga menyiapkan pesanan berkenaan lalu dihantar oleh rider dengan selamatnya. Tetapi, ada juga yang berlaku sebaliknya.

“Siapa Yang Salah?”, Peniaga Kesal Rider Datang Marah Campak Makanan Sebab Tumpah, Tak Kisah Buat Balik Tapi Cara Kena Beradab.

Seperti sebuah kisah yang tular di laman TikTok, seorang peniaga meluahkan rasa kekesalan dan kekecewaan apabila terjadi satu isu yang tidak disangka. Katanya, seorang rider telah datang memarahinya kerana bungkusan makanan yang disiapkan tidak kemas mengakibatkan makanan itu tumpah.

Tetapi katanya, dia telah membungkusnya elok-elok dan hal itu boleh diperjelaskan dengan baik, bukan datang lalu memarahi peniaga yang seakan terpinga dengan kelakuan itu.

“Hari ini ada tragedi sikitlah. Tiba-tiba ada seorang rider tu, selepas dia pergi hantar, kita ingat dah okay dah, dia datang balik, dia campak makanan tu padahal kita dah buat elok dah bagii dekat dia.

“Bila kita tengok balik dalam bungkusan tu, memang tumpah lah. Dekat situ salah siapa sebenarnya? Salah kita yang buat makanan tu ke atau salah yang rider tu yang bawa makanan?”, soalnya dalam kisah kesal rider datang marah berkenaan.

Rider Campak Makanan, Padahal Dah Bungkus Elok

kesal rider datang marah

Tambahnya, dia tidak kisah untuk membuat makanan yang tumpah itu semula, tetapi rider berkenaan hendaklah datang dengan beradab, bukan dengan emosi yang marah-marah.

“Datang balik dengan kitalah. Kita pun tak kisahlah kan yang penting makanan sampai dekat customer tu dalam keadaan baik. Boleh buat balik, tak kisah. Tapi cara tegur kita tu.

“Bukannya kita kedekut sangat taknak bagi. Bukan kita miinta duit dia untuk ganti, tapi cakap je elok-elok, buat balik. Kita buat balik, takda hal la. Masalahnya adab tu dekat mana.

“Saya anggap dia emosi tak terkawallah kot masa tu. Tak apa lah, dia ada masalah peribadi ke, masalah dekat tempat lain ke. Mungkin dia luah dekat sini, tak apa lah kita terima,” luahnya lagi menutupi kisah kesal rider datang marah berkenaan.

Peniaga Bersangka Baik, Mungkin Rider Ada Masalah

@faizul.azli

Tak kisahlah sape salah.. cara tu kena betul kan.. #faizulazli #mrtakokajangutama #takoyaki

♬ bunyi asal – Nyap tahuk – Zul

BacaJuga

“Pelanggan Scam Jantina” – Rider Food Panda Ini Terpaksa Hantar Makanan Kepada Wanita Jadian, Siap Bersayang-Sayang Di Inbox!

“Pelanggan Scam Jantina” – Rider Food Panda Ini Terpaksa Hantar Makanan Kepada Wanita Jadian, Siap Bersayang-Sayang Di Inbox!

Februari 1, 2023
50
peniaga kedai makan kesal

“Call Tak Angkat, Mesej Tak Balas..”, Peniaga Kedai Makan Kesal Modal Habis Beribu, Tak Sangka Pekerja Buat Macam Ni

Januari 9, 2023
6
@faizul.azli Tak kisahlah sape salah.. cara tu kena betul kan.. #faizulazli #mrtakokajangutama #takoyaki ♬ bunyi asal – Nyap tahuk

Melihat komen netizen, ramai yang kagum dengan sifat peniaga yang sabar dan pandai mengawal keadaan. Bukan hanya ikut emosi akibat dimarahi dengan alasan yang tidak jelas. Dan, ada juga yang mengingatkan bahawa cara pembungkusan hendaklah menepati syarat bungkus untuk penghantaran makanan atas talian.

“Point sekarang ni, hormat orang lain. Cakap elok-elok, jangan kurang ajar. Tak perlu tunding jari dekat sesiapa pun,” kata netizen dengan nama Fitri memberi respon terhadap kes rider datang marah berkenaan.

Cerita mengenai pembungkusan makanan ini, ia bergantung kepada semua pihak. Cara bungkus makanan oleh peniaga, cara pembawaan rider dan juga budi baik pelanggan.

Rider & Peniaga Perlu Saling Hormat Menghormati

kesal rider datang marah

Kalau min, asalkan makanan tu okay dah sampai ke tangan min, min okay sahaja sebab faham keadaan semua pihak. Ia bergantung kepada situasi dan makanan itu sendiri juga. Semoga semuanya dipermudahkan.

Dan kepada yang nak support peniaga ini, gerai Mr Tako ini terletak di Kajang Utama dengan waktu operasi jam 12 tengah hari hingga 7 malam pada hari isnin hingga sabtu.

kesal rider datang marah kesal rider datang marah

 

Sumber: Faizul Azli

Baca juga: “Ada Satu Momen Cuit Hati Kami..”, Netizen Terharu Lihat Tindakan Lelaki Ini, Bantu Budak Kecil Jual Pisang Di Kaki Lima

Tags: kesal rider datang marahpeniaga kesalrider
ShareTweetSend

Related Posts

bungkus baki makanan
Berita

Malu Minta Plastik Dari Peniaga Kedai Makan, Pelanggan Ambil Keputusan Buat Cara Ni Untuk Bungkus Baki Makanan

Februari 9, 2023
4
teh tarik
Berita

Ini Dia Harga Teh Tarik Ikut Negeri, Dari Yang Paling Murah Hingga Ke Paling Mahal. Korang Yang Mana?

Februari 9, 2023
16
peniaga pisang goreng
Berita

Peniaga Pisang Goreng ‘Biasa-Biasa’ Kini Mampu Jual 70Kg Pisang Tak Sampai 3 Jam, Dapat Tawaran Model & Jadi Juruterbang

Februari 9, 2023
131
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist