Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Peniaga Kongsi Rahsia Kesedapan Burger Tepi Jalan, Boleh Cuba Buat Di Rumah Confirm Sedap!

Peniaga Kongsi Rahsia Kesedapan Burger Tepi Jalan, Boleh Cuba Buat Di Rumah Confirm Sedap!

Kategori: ,
kesedapan burger tepi jalan

Kesedapan burger tepi jalan memang tiada tandingan. Dengan harga yang berbaloi dan keenakan rasa yang tersendiri menjadikan burger tepi jalan ini hidangan pilihan ramai. Bukan sahaja harga yang murah dan rasa yang best, tapi ia memang mengenyangkan!

Kalau ditanya, rata-rata memang memilih burger tepi jalan walaupun tak semua sependapat dan ia bergantung pada citarasa masing-masing. Paling penting, bahan-bahan yang digunakan seperti hirisan kubis, bawang, tomato, cheese, timun dan bahan sampingan lain melengkapkan rasa lejen itu.

Pernah tak malam-malam dekat rumah tu tiba-tiba rasa nak makan burger tepi jalan? Nak keluar rasa malas, tapi nak makan yang memang rasa real punya. Jom rujuk cara buat burger tepi jalan yang dikongsikan oleh peniaga burger ini.

Kali ini, abang burger memang payung tips untuk kesedapan burger tepi jalan dan boleh buat dekat rumah, sama macam beli dekat kedai.

Peniaga Kongsi Rahsia Kesedapan Burger Tepi Jalan, Boleh Cuba Buat Di Rumah Confirm Sedap!

kesedapan burger tepi jalan

Menurut peniaga Adie Redzuan, burger akan berbeza dari segi keenakan daging mahupun rotinya yang garing. Ada 12 tip masak burger yang dikongssikan olehnya. Kalau hendak berniaga, jual lah burger sebagaimana kita suka makan, baru orang lain pun suka.

Yang penting, jangan kedekut bahan, buat bagi sedap-sedap!

kesedapan burger tepi jalan

  • Berat Daging

Wajib guna daging 70gram. Tak yah lah dok save sangat nak pi haji balik hari. Tak untung mana pun. Meniaga kena jujur, harga nak letak mahal, tapi daging nipis, apa dia.

  • Jangan Tekan

Masak daging, jangan tekan, bila tekan jus daging akan keluar. Sebab daging jadi kering. Alih-alihkan sahaja. Letak planta sedikit. Sikit sahaja. Jangan sampai banjir dalam daging tu sendiri dah ada minyak.

  • Letak Perasa

Daging tu lubang-lubangkan sahaja. Tak belah tangan pun tak apa. Lepas tu, letak la seasoning. Aku suka jenama Lea & Perrins. Jenama Maggi pun okay. Letak lah lada sedikit. Terangkat lah.

  • Letak Air Bawang Putih

Ayaq bawang putih ni untuk menggantikan jus daging yang hilang. Jadi, daging akan rasa juicy. Curah sedikit masa daging dah masak. Nak buat dia, potong bawang putih, boh dalam ayaq kosong je. Masukkan dalam botol, tudung botol buat lubang-lubang sedikit.

  • Api Sederhana

Guna api sederhana. Api yang kuat juga akan keringkan daging.

  • Roti Sapu Planta

Pastikan roti tu letak planta bagi penuh. Jangan tekan, geng lama-lama pakai kayu untuk pressure roti saja. Bukan meleperkan roti, lagi cantik gitu.

  • Lettuce Iceburg Ganti Kobis

Sayur tu ikut lah. Selalu orang pakai kobis la kan. Tapi masa aku niaga pakai lettuce iceburg, lebih sedap tapi kot payah nak dapat hari-hari lah. Tapi agak mahal sedikit.

  • Jenis Sos

Sos jangan pakai yang murah. Kebanyakan peniaga burger di KL yang top-top tu pakai longoson. Payah nak jumpa kot no. Kalau dekat Perlis, peniaga kebab yang banyak pakai longson. Sebab tu kebab depa sedap.

  • Mayonis

Mayo pulak paling best pakai jenama Nelly. Mahal, tapi sapu sedikit sahaja.

  • Keju

Untuk cheese, aka pakai smokke BBQ. Apa-apa brand pun tak apa. Rona dia oren. Mahal sedikit, tapi memang berasa cheese dia. Pernah dak hangpa beli cheese burger, tapi tak rasa apa pun. Pasai dia guna cheese murah.

  • Sos Lada Hitam

Blackpepper sos kalau boleh masak la sendiri. Elak beli yang dah siap sebab tak berapa sedap sedikit. Mudah saja, masuk butter dengan tepung gandum sampai naik bau sedap. Selepas itu, masukkan oyster, lada hitam kasaq, kicap air, chicken stock, garam. Perasakan dengan celup daging dalam kuah blackpepper.

  • Susunan Lapisan Burger

kesedapan burger tepi jalan

Akhir sekali aturran bubuh sayur, sos, mayo. Yang ni kajian sendiri lah. Sos dengan mayo kalau boleh asingkan. Mayo bawah, sos atas, bila makan, baru terasa dua-dua rasa yang beza. Kalau cheese tu, letak atas daging yang panas. Bagi dia cair melekat dekat daging.

Senang cerita, kita buat burger kita sendiri. Kita jual macam mana kita suka makan, baru orang lain pun suka. Jangan kedekut bahan, buat bagi sedap.

Jadi, buat mak-mak yang nak masak sendiri burger di rumah untuk anak-anak dan keluarga. Bukan apa, bila ramai-ramai leboh jimat dan berbaloi buat sendiri.

Mingguan Wanita: Baru tahu, patutlah berbeza rasa dengan kita buat dekat rumah. Lepas ni, ikut tips ni barulah rasa macam beli dekat kedai.

Semoga perkongsian kesedapan burger tepi jalan ini bermanfaat buat semua dan selamat mecuba!

Sumber: Adie Redzuan

Baca juga: Peniaga Ini Kongsi Resepi Kek Pandan Coconut Moist Creamy, Jual Ni 2 Jam Je Dah Sold Out!

tags: