Menempuhi zaman yang sentiasa sibuk dan dipenuhi dengan tugasan yang tiada sudahnya, aplikasi seperti Foodpanda atau Grabfood memang memudahkan kita. Servis penghantaran makanan memudahkan orang ramai untuk memesan makananan pada bila-bila masa serta di mana jua.
Melalui pesanan yang dipesan, kita boleh memberi pesanan tambahan ataupun arahan untuk menyuruh peniaga menambah apa yang patut. Tetapi, dengan arahan yang terhad, mungkin akan berlaku salah faham antara pelanggan dan peniaga.
Terbaharu, peniaga kedai makan @nasibanimelayu berkongsi satu video di TikTok berkenaan kedai makannya menerima pesanan daripada Foodpanda untuk menyediakan nasi goreng pattaya ‘pedasssssssssss’ kepada pelanggan.
Menuruti permintaan pelanggan, dia memasak nasi goreng pattaya yang diminta ‘pedas’ itu dengan meletakkan selambak cili potong hijau ke dalam masakan.
Ini kerana, permintaan dalam nota tambahan pesanan berkenaan menunjukkan pelanggan itu memang berkehendakkan rasa pedas yang amat sangat melalui ejaannya (pedasssssss).
“Nak pedasssssss, okay, kita turuti,” katanya melalui video hantaran tersebut. Video itu mendapat banyak tanda suka dan komen daripada netizen. Setakat ini, video itu juga mendapat 208 ribu tontonan orang ramai.
@nasibanimelayu Agak² customer ni happy tak sebab saya cuma turuti request nya 🤪#makananviral #CapCut #melayu #fypシ #fyp #viral #viraltiktok #viral #food #foodporn #foodie #jalanjalancarimakan
@nasibanimelayu Agak² customer ni happy tak sebab saya cuma turuti request nya 🤪#makananviral #CapCut #melayu #fypシ #fyp #viral #viraltiktok #viral #food #foodporn #foodie #jalanjalancarimakan ♬ original sound – Nasi Bani Melayu
Meninjau ruangan komen, ramai netizen memberikan pelbagai reaksi dan luahan. Ada yang geli hati melihat video itu dan ada juga yang mengambil serius dan memberikan komen.
Rata-rata netizen berpendapat bahawa pedas yang biasa dimaksudkan oleh pelanggan bukanlah selambak cili potong, tetapi cili tumbuk atau cili kisar yang dimasak bersama nasi. Mengambil salah satu komen netizen, @ayedfaridz berkata, “pedas tu maksudnya cili tumbuk atau blend bukan potong cili macam tu aje,” jelasnya.
Seorang lagi netizen memberi komen yang sama dan berkata, “saya rasa dia maksudkan biasanya nak pedas cili apii yang ditumbuk atau blens. SSo, dia akan rasa pedass bukan potong-potong atau hiris,” katanya dalam ruangan komen hantaran terbabit.
Kesimpulannya, melalui kisah nasi goreng pattaya ni, rasa pedas bagi setiap orang bergantung kepada orang tu mahu macam mana kan? Ada yang inginkan pedas cili potong dan ada yang inginkan pedas cili selambak macam ni.
Mungkin kalau tidak mahu salah faham dan mengelakka kekeliruan, pelanggan boleh nyatakan sekali nak pedas macam mana.
Sumber: nasibanimelayu
Baca juga: “Makan 6 Orang Harga RM67, Tapi Marah Kata Mahal..” Peniaga Kedai Makan Kesal Sifat Pelanggan