Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Jualan Masih Slow..”, Peniaga Nasi Lemak Luah Rasa Sedih, Tak Sangka Ramai Bagi Petua Meniaga

“Jualan Masih Slow..”, Peniaga Nasi Lemak Luah Rasa Sedih, Tak Sangka Ramai Bagi Petua Meniaga

Kategori:
petua meniaga

Dalam berniaga, pelbagai rintangan dan cabaran harus dihadapi sebelum berjaya. Lebih-lebih lagi, kesabaran diuji ketika kita mula berniaga dan sedang belajar untuk tumbuh. Hal itu dilihat mudah, walhal ia memerlukan ketahanan fikizal dan mental yang kuat.

Antara kunci yang paling penting dalam berniaga adalah tidak putus asa dan bersabar. Dua hal itu dilihat sebagai aspek yang penting untuk kekal lama dalam berniaga. Ini kerana, pada awal perniagaan, bermacam hal yang akan berlaku dan jika kita putus asa, semuanya akan sia-sia.

Misalnya, jika jualan pada hari pertama kurang laku, janganlah memandang terus kepada sisi negatif. Mungkin faktor kurang diketahui pelanggan adalah punca jualan kurang laku yang akan berkait.

“Jualan Masih Slow..”, Peniaga Nasi Lemak Luah Rasa Sedih, Tak Sangka Ramai Bagi Petua Meniaga

petua meniaga

Seperti satu video yang tular di TikTok, seorang peniaga nasi lemak meluahkan rasa sedih kerana jualan masih perlahan pada hari kesembilan dia membuka khemah jualan nasi lemak di lokasi Stesen Minyak Shell 18 Pengakalan, Ipoh, Perak.

Tetapi hal itu tidak mematahkan semangatnya dan dia beriltizam untuk terus kuat dengan percaya kepada rezeki Tuhan.

“Hari kesembilan jual nasi lemak. Perniagaan kita masih slow harini. Mungkin sebab belum ramai yang tahu kita dekat sini. Tak apalah, kita kena percaya rezeki tu dari Tuhan, percaya kepada proses.

“Yang paling penting meniaga ni kena banyakkan sabar dan percaya mesti ada naik turun kan? Panas atau hujan, kita kena kuatkan fizikal mental untuk tampung kehidupan pada hari mendatang. Moga ada rezekii untuk kita semua yang masih struggle cari duit,” luah peniga nasi lemak bernama Zati.

“Mungkin Masih Ramai Tak Tahu Tentang Lokasi”

"Jualan Masih Slow..", Peniaga Nasi Lemak Luah Rasa Sedih, Tak Sangka Ramai Bagi Petua Meniaga

https://www.tiktok.com/@ztyalwyshpy/video/7153161695186177306?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@ztyalwyshpy moga ada rezeki untuk kite semua yg masih struggle cari duit 🤍 #fyp #nasilemakviral ♬ Prom Queen – Beach Bunny

Meninjau ruangan komen, oleh kerana itu, ramai yang memberi dan berkongsi petua meniaga yang tak disangka. Tidak kurang juga ada yang memberi kata-kata semangat kepada semua peniaga yang baru ingin tumbuh agar percaya kepada jalan hidup masing-masing.

“Petua orang meniaga, buka kedai selama 40 hari jangan tutup. Kira nuaga hari-hari. Ni petua pak saudara saya, Memang mula-mula takda orang kedai dia. Sekarang Alhamdulillah,” kongsi netizen bernama Ciknor memberi petua meniaga kepada pemilik video berkenaan.

“Tukar dari polisterim ke kertas minyak. Saya sendiri pun turn off kalau nasi lemak bungkus guna polisterin ni. InsyaAllah customers akan ramai nanti,” kata netizen Wreck it yang turut memberi petua meniaga dan pendapat.

“Jangan putus asa ya adik. Jual nasi lemak pun boleh kaya raya tau. Believe me,” komen netizen bernama Miss Sally.

Pelbagai Pendapat, Pelbagai Petua Meniaga

petua meniaga

Pelbagai pendapat yang diutarakan netizen tentang petua meniaga nasi lemak ini. Jika baik untuk perniagaan, ambil jadikan pengajaran dan jika tidak menguntungkan, ambil ia sebagai satu hal dalam kehidupan. Masih ada sinar yang cerah di hadapan. Tuhan tidak akan mensia-siakan hambanya yang berusaha. Pasti adik berjaya nanti! Semoga kekal semangat.

Sumber: Jetyyyyyyy

Baca juga: Ramai Rakyat Merungut Stok Telur Asyik Habis, Rupanya Ini Antara Sebab Telur Kurang Dekat Kedai

tags: | |