Dalam berniaga, pelbagai cara yang ditunjukkan oleh peniaga dalam menghargai kebaikan pelanggan atas sokongan yang diberikan selama ini.
Ada yang melebihkan lauk dalam jualan, ada yang memberi air percuma dan banyak cara lain lagi ditunjukkan oleh peniaga, dalam masa yang sama ingin berkongsi rezeki.
Tetapi hal yang lain dan unik dilakukan oleh seorang peniaga nasi lemak ini dalam menunjukkan tanda penghargaan kepada pelanggan yang datang beratur ke warungnya untuk membeli nasi lemak.
Berdasarkan video yang dikongsi olehnya di laman TikTok, dia menghargai pelanggannya dengan menyediakan karpet merah atau dipanggil ‘red carpet’ kepada pelanggan yang datang.
Dikenali dengan nama Ustaz Ali NLJT, dia berniaga nasi lemak dengan membuka khemah di Seksyen 18 Shah Alam. Manakala untuk cawangan kedua pula, kedainya terletak di Seksyen 13 Shah Alam di Jalan Akuatik.
Perkara yang unik itu mendapat sambutan oleh warga netizen apabila videonya tular dan mendapat pelbagai reaksi oleh orang ramai.
Selain itu, ramai juga yang berkongsi pengalaman membeli nasi lemak dengan Ustaz Ali. Rata-rata memberi pendapat bahawa nasi lemak yang dijual sememamngnya berbaloi untuk dibeli. Bukan setakat murah, tetapi memang sedap.
Bermula dengan harga RM3 hingga RM8, pelbagai lauk yang disediakan untuk dinikmati bersama nasi lemak. Jadi tak peliklah, warung nasi lemaknya sentiasa dilihat dengan orang ramai yang beratur panjang untuk membeli.
@ustazalinljt Cara-cara untuk menghargai customer yang hadir. Special untuk malam jumaat, Air Balang Free😍
@ustazalinljtCara-cara untuk menghargai customer yang hadir. Special untuk malam jumaat, Air Balang Free😍♬ original sound – Ustaz Ali NLJT
“Alhamdulillah dah try. Memang sedap. Terbaik!”, komen netizen bernama Khairul Anuar di ruangan komen video peniaga sediakan karpet merah VIP buat pelanggan beratur.
“Beli lah. Memang sedap. Kalau nak rasa-rasa boleh ambil yang RM3. Paling mahal pun RM8. Tu pun berbaloi sebab sedap dan dorang peramah,” komen Ary.
“Sedap. Minggu ni je dah 2 kali beratur. Gilir-gilir dengan husband beratur. Alhamdulillah nasi lemak sedap,” komen netizen yang lain di video peniaga sediakan karpet merah VIP buat pelanggan beratur.
Memang unik dan tak pernah dibuat orang kan bila peniaga sediakan karpet merah VIP buat pelanggan yang datang beratur. Kita yang pelanggan pun rasa semangat nak pergi, lagi-lagi ramai cakap nasi lemaknya sedap.
Semoga perniagaan mereka sentiasa laris dan dimurahkan rezeki hendaknya.
Sumber: Ustaz Ali NLJT