Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Peniaga Pasar Malam Di Perlis Wajib Hentikan Perniagaan Ketika Maghrib

Peniaga Pasar Malam Di Perlis Wajib Hentikan Perniagaan Ketika Maghrib

Kategori: ,
pasar malam

Peniaga pasar malam beragama Islam di negeri ini diwajibkan menghentikan operasi perniagaan ketika Maghrib berkuat kuasa 15 September ini.

Operasi dihentikan selama 20 minit termasuk 10 minit sebelum masuk waktu bagi membolehkan peniaga dan pengunjung menunaikan solat dalam keadaan selesa dan tidak tergesa-gesa.

Peniaga Pasar Malam Di Perlis Wajib Henatikkan Perniagaan Ketika Maghrib

EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Perlis, Asrul Aimran Abd Jalil, berkata peraturan itu selaras keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis pada 21 Ogos lalu yang bersetuju melaksanakan program ‘Berhenti Dulu Kita Solat’.

pasar malam

Beliau berkata, buat permulaan, anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan akan turun padang bagi memastikan kejayaan program ‘Berhenti Dulu Kita Solat’ dengan memberi nasihat dan teguran.

“Ini antara inisiatif memperkasakan kempen Hayya Ala-Solah’ yang mana melalui program ini, peniaga pasar malam diwajibkan memberhentikan operasi perniagaan ketika Maghrib bagi menghormati waktu solat,” katanya di Facebook hari ini.

Didik Solat Awal Waktu

Beliau berkata solat boleh dilaksanakan di masjid atau surau berdekatan atau di lokasi disediakan pihak penganjur tapak pasar malam selain mana-mana kawasan dirasakan sesuai oleh peniaga.

“Bagi sebahagian kecil peniaga bukan Islam, mereka turut digalakkan menutup perniagaan sepanjang tempoh berkenaan, namun tiada sebarang halangan jika mereka mahu meneruskan aktiviti perniagaan.

“Inisiatif ini juga bertujuan menggalakkan pengunjung pasar malam yang beragama Islam supaya tidak membeli ketika masuknya waktu solat Maghrib selain mendidik rakyat menunaikan solat pada awal waktu dan tidak melengah-lengahkan solat,” katanya.

Sumber: Buletin TV3

Baca juga: “Supplier Kami Ada Sijil Halal” – Restoran Johnny’s & Black Canyon Ada Sijil Halal Bagi Bahan Mentah Dapur

tags: |