Best Breitling replica watches for sale, super fake Breitling Bentley watches knockoff online with cheap price wholesale.
We supply greatest replica omega watches for women and men,Cheapest fake omega watches on the online website — replicaomega.
Best Online Rolex Daytona Replica Watches UK.With the crown logo,the 1:1 Replica Rolex Daytona are highly recognizable in the watch field.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober lalu telah membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Parlimen.
Antara perkara yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025 yang menarik perhatian ramai adalah tentang kadar gaji minimum yang akan dinaikkan kepada RM1,700 berbanding RM1,500.
Pengumuman yang dibuat oleh Anwar yang juga Menteri Kewangan itu mendapat pelbagai respon namun rata-rata rakyat Malaysia terutamanya yang bergaji minimum menyambut baik perkara itu.
Pun begitu, baru-baru ini tular pula di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki yang juga pemilik gerai pisang goreng di tepi jalan memberi gaji minimum agak tinggi kepada pekerja-pekerjanya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @destinasitv, lelaki yang dikenali sebagai Pak Yeop itu memberi gaji ‘basic’ sebanyak RM2,000 kepada pekerja-pekerjanya.
Bukan hanya membayar gaji ‘basic’ sebanyak itu, lelaki terbabit turut memberikan bonus tahunan kepada setiap pekerjanya itu.
“Saya bagi diorang ‘basic’ RM2,000. Hujung tahun diorang ada bonus. Tahun ini pun kata orang, satu orang bonus RM2,000,” katanya.
Menurut Pak Yeop, bayaran yang diberikan itu adalah setimpal dengan penat lelah mereka menggoreng pisang dan menjualnya kepada orang ramai.
Pun begitu, pekerja-pekerja terbabit bukanlah orang asing bagi Pak Yeop kerana mereka adalah anaknya sendiri yang sentiasa ada di waktu susah dan senang dia bersama isteri berniaga pisang goreng.
“Ini sebenarnya perniagaan keluarga, saya pun tak tahu bila kan? Akhirnya besok akan ke arah diorang juga (perniagaan pisang goreng),” katanya lagi.
Untuk info, gerai peniaga pisang goreng – Pak Yeop yang dikenali sebagai Uncle Yeop Goreng Pisang itu terletak di Seksyen 19, Shah Alam.
Selain menjual pisang goreng, gerai Pak Yeop juga menjual keledek jari goreng, keropok losong, keropok lekor nipis dan kuih-muih.
Sumber: Buzzkini
Baca juga: Jadi Sahabat Baik, Pasangan Madu Ini Berniaga Jual Pizza Tradisional Bersama Raih Perhatian Ramai