Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Peniaga Pisang Goreng ‘Biasa-Biasa’ Kini Mampu Jual 70Kg Pisang Tak Sampai 3 Jam, Dapat Tawaran Model & Jadi Juruterbang

Cik Daun by Cik Daun
Februari 9, 2023
in Berita
2 min read
0 0
0
peniaga pisang goreng
0
SHARES
44
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang tular di laman media sosial berkenaan video pendek yang “biasa, biasa maksudnya?”, ia memberi langkah kanan kepada peniaga goreng pisang keju, Abdul Adib Aidil yang baru berumur 24 tahun untuk mengembangkan lagi perniagaannya.

BacaJuga

Banana Dibs

Adib Jumpa Tengku Permaisuri Selangor Untuk Beri Banana Dibs, Netizen Cakap Ini Bukan Biasa, Ini Dah Luar Biasa..

Februari 20, 2023
336
jual pisang goreng

Viral Lelaki Jual Pisang Goreng Layan Pelanggan Dengan Lembut, Ramai Yang Tertarik & Suka Tengok Cara Dia Layan Pelanggan

Februari 6, 2023
324

Menurut perkongsiaannya bersama Astro Awani, anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, dia tidak menyangka video tular itu mampu menarik ramai pelanggan datang membeli jualannya yang diusahakan di Kajang itu.

Peniaga Pisang Goreng ‘Biasa-Biasa’ Kini Mampu Jual 70Kg Pisang Tak Sampai 3 Jam, Dapat Tawaran Model & Jadi Juruterbang

peniaga pisang goreng

Sejak tular pada Sabtu lalu, Abdul Adib berkata, jualan pisang goreng kejunya meningkat dua kali ganda, daripada 30 kilogram (kg) pisang kepada hampir 70kg sehari.

Lebih mengujakannya, jualan tersebut habis terjual dalam tempoh kurang tiga jam.

“Saya ada staf tiga orang, termasuk saya. Kalau sebelum ini, boleh kata dalam dua jam hanya seorang sahaja pelanggan datang. Tetapi tiba-tiba meletup (jualan) dan kita pun terkejut.

“Sejak lima enam bulan lepas saya berniaga, orang pun mula kurang datang. Saya memang rasa sangat tertekan, dengan kerja (tetap) pun tak dapat.

“Jadi, pelan saya tahun ini ialah cuba untuk kembangkan perniagaan. Sebab sudah mulakan perniagaan ini sejak dua tahun lalu, tetapi tiada apa-apa perubahan.

“Sebab itu saya fokus buat ‘live’ di TokTik dan Alhamdulillah selepas itu jualan mula naik,” katanya peniaga pisang goreng itu ketika ditemui di Kajang.

Selain jualan ‘laku keras’, Abdul Adib berkata, dia menerima tawaran sebagai duta dan model pakaian daripada beberapa pihak tertentu.

Dapat Tawaran Duta & Model Pakaian Dari Beberapa Pihak

peniaga pisang goreng

Bercerita lanjut, peniaga pisang goreng, Abdul Adib berkata, dia memulakan perniagaan Banana Dibs selepas menamatkan pengajian di Malaysian Flying Academy, Melaka pada Ogos 2020.

Ketika itu, tawaran sebagai juruterbang di sebuah syarikat penerbangan terkemuka negara terpaksa ditangguhkan kerana pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, berbekalkan bantuan sebanyak RM500 yang diperuntukkan oleh kerajaan ketika itu, pemuda itu memulakan perniagaan pisang goreng keju di hadapan kedai makan milik keluarganya.

Pada masa akan datang, Abdul Adib berkata, dia merancang untuk menambah bilangan pekerja bagi membantunya mengembangkan perniagaan Banana Dibs.

peniaga pisang goreng

Begitu pun, di sebalik perniagaan yang semakin maju, peniaga pisang goreng Abdul Adib mengakui dia meletakkan harapan tinggi untuk bergelar juruterbang dan masih menanti tawaran daripada syarikat penerbangan.

Masih Menunggu Syarikat MAS Panggil Untuk Jadi Juruterbang, Terpaksa Tangguhkan Tawaran Kerana Pandemik

peniaga pisang goreng

“Saya masih lagi menunggu, kalau syarikat penerbangan (Malaysia Airlines) panggil saya, Alhamdulillah. Sudah tentu kita nak masuk bidang tersebut sebab memang impian sejak kecil lagi, untuk jadi juruterbang.

“Kalau ada rezeki, saya pergi (jadi juruterbang) dan pada masa yang sama perniagaan akan tetap diteruskan,” katanya.

Sumber: Astro Awani

Baca juga: Viral Lelaki Jual Pisang Goreng Layan Pelanggan Dengan Lembut, Ramai Yang Tertarik & Suka Tengok Cara Dia Layan Pelanggan

Download WordPress Themes Free
Download Premium WordPress Themes Free
Download Premium WordPress Themes Free
Download Nulled WordPress Themes
free online course
download intex firmware
Tags: bananadibskedai viralpeniaga pisang goreng
ShareTweetSend

Related Posts

abang kantin
Berita

Murid Tak Cukup Duit RM2 Nak Beli Makanan, Abang Kantin Halalkan Siap Ajar Ambil Duit Baki Lagi. Sikapnya Sentuh Hati Orang Ramai

Mac 22, 2023
0
Kongsi Nasi Kandar Dengan Burung Gagak
Berita

Kongsi Nasi Kandar Dengan Burung Gagak, Tindakan Mulia Pelanggan Ini Buat Ramai Terharu

Mac 22, 2023
3
SOS PEDAS LEBIH
Berita

“Bukan Suruh Tunjuk Perasaan..” – Wanita Minta Sos Pedas Lebih, Tak Sangka Peniaga Tergamak Buat Begini..

Mac 22, 2023
43
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist