Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Itulah Saat Yang Paling Bahagia..”, Peniaga Rasa Sebak Setelah Terima Nota Dari Pelanggan

“Itulah Saat Yang Paling Bahagia..”, Peniaga Rasa Sebak Setelah Terima Nota Dari Pelanggan

Kategori:
NOTA DARI PELANGGAN

Memilih kerjaya sebagai seorang pengusaha kedai makan bukanlah hal mudah dan boleh dilakukan semua orang. Ini kerana ia memerlukan masa, tenaga dan kos lain-lain yang perlu diambil kira. Bukan sahaja kerana keuntungan yang tinggi, mereka yang menceburi industri tersebut juga atas dasar minat.

Namun ia juga mempunyai cabarannya. Kadang-kadang peniaga juga mengalami penat yang berpanjangan oleh kerana waktu kerja yang lama. Ia bagi memastikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar dan pelanggan akan berpuas hati dengan makanan dan perkhidmatan. Jika pelanggan gembira, sudah tentu peniaga akan berasa senang.

Terima Nota Dari Pelanggan, Rasa Terharu Pula

Seperti mana yang terjadi baru-baru ini, seorang peniaga yang sedang membersihkan meja makan menemui sekeping nota dari pelanggan yang baru sahaja beredar setelah siap menjamu di kedai makannya.

Dilihat pelanggan itu berjaya menghabiskan makanan dan meninggalkan nota buat peniaga tersebut. Nota tersebut memuji masakan dan layanan peniaga dan pekerja. Mungkin kerana malu untuk bersua dengan peniaga, akhirnya nota pula yang ditinggalkan. Tak cukup dengan itu, pelanggan tersebut meninggalkan wang sebanyak RM 10 sebagai tips buat mereka. NOTA DARI PELANGGAN

Tambah peniaga, hal itu mungkin nampak remeh bagi orang lain namun ia memberi seribu makna dan membantunya untuk terus bersemangat bagi terus memberikan yang terbaik buat pelanggannya.

@lilyazizan

Customer dari Sorga😇… hanya nota kecil & sedikit tips sbg penghargaan sangat2 memotivasikan mereka utk berikan yg lebih baik🥰 #floydskitchen_

♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

@lilyazizan Customer dari Sorga😇… hanya nota kecil & sedikit tips sbg penghargaan sangat2 memotivasikan mereka utk berikan yg lebih baik🥰 #floydskitchen_ ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Menjengah di ruangan komen, segelintir warganet yang juga meniaga memahami perasaan peniaga tersebut. Bila pelanggan berpuas hati dengan makanan dan layanan, hal itu turut memberi motivasi untuk mereka terus berusaha.

Pelangggan Happy, Makin Semangat NOTA DARI PELANGGAN

Sememangnya membuka sebuah kedai makan itu bukan perkara mudah tapi bila pelanggan berpuas hati dan gembira, ia menjadi pembakar semangat untuk teruskan usaha.

Kredit: TikTok lilyazizan

Baca Juga: “Nak Makan Banyak Complain..”, Wanita Terkejut Bila Makan Di Kedai Dalam Semak, Ini Pula Respon Netizen

tags: