Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Apa Yang Hampa Tak Puas Hati?!” – Peniaga Sebak Kedai Kena Khianat, Orang Ramai Cuba Pujuk

“Apa Yang Hampa Tak Puas Hati?!” – Peniaga Sebak Kedai Kena Khianat, Orang Ramai Cuba Pujuk

Kategori:
kedai kena khianat

Mengusahakan sebuah perniagaan makanan dan minuman bukanlah hal yang mudah. Perlu mengambil kira pelbagai kos, para peniaga juga sering diuji dengan macam-macam cabaran yang agak memberatkan.

Walaupun para peniaga melakukan hal sendiri dan tidak menyusahkan sesiapa pun, ada segelintir individu yang tidak akan senang dan cuba menganiaya mereka. Perkara tersebut berlaku ke atas seorang peniaga baru beberapa hari lepas.

“Apa Yang Hampa Tak Puas Hati?!” – Peniaga Sebak Kedai Kena Khianat, Orang Ramai Cuba Pujuk

Mempunyai sebuah kedai kecil yang menjual aneka popcorn homemade, peniaga ila87sakura gigih meniaga tiap-tiap hari demi mencari rezeki. Meskipun tidak menggangu sesiapa pun, dia tidak sangka ada individu di luar sana yang iri hati dengannya. kedai kena khianat

Ingin memulakan operasi perniagaan pada hari tersebut, dia membuka kedai bagi melakukan persediaan. Namun dia terkejut apabila melihat kedainya berada dalam keadaan bersepah dan sos coklat ditumpahkan. kedai kena khianat

Mendakwa dirinya di khianat, dia terkilan kerana ada pihak yang tidak berpuas hati sehingga sanggup curi masuk ke dalam kedainya dan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya.

@illa87sakura sedih🥹🥹🥹🥹😭🥹🥹🥹😔🥹#corndozzzmamacizzz #dataranpantaiqueensbaypenang ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Melihat keadaan yang menyedihkan dan bersimpati dengan situasi peniaga, orang ramai tampil cuba memberi semangat dan pujukan pada dirinya supaya terus tabah menghadapi perkara tersebut.

Pengguna nazme78 dan haiza362 antara mereka yang memberi kata-kata positif dan menyakinkan peniaga itu bahawa kerugian dan peristiwa hitam yang berlaku pada hari tersebut akan digantikan dengan perkara yang lebih indah di masa akan datang.

Peniaga Kecewa, Orang Ramai Tampil Beri Semangat kedai kena khianat

Dalam dunia ini akan ada segelintir individu yang takkan senang melihat kejayaan yang datang pada diri kita. Tapi tak sangka ada yang sanggup melakukan perbuatan khianat gara-gara perasaan hasad dengki.

Semoga peniaga tetap tabah menghadapi dugaan yang berat ini. Untuk lebih selamat, peniaga juga boleh meletakkan kamera litar tertutup (CCTV) bagi memastikan keselamatan premis perniagaan.

Kredit: ila87sakura

Baca Juga: Tak Mampu Beli Sterilizer Botol Susu Anak Yang Mahal, Akhirnya Wanita Ini Terpaksa Guna Cara Lain..

tags: | | |