Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tak Kisah Kongsi Rezeki Dengan Pelanggan Kanak-Kanak Waktu Closing, Tindakan Peniaga Ini Dapat Pujian Netizen

Tak Kisah Kongsi Rezeki Dengan Pelanggan Kanak-Kanak Waktu Closing, Tindakan Peniaga Ini Dapat Pujian Netizen

Kategori:

Dalam berniaga, ada hari yang jualan kita laris, namun ada juga hari yang jualan kita tak laku. Namun, kita perlulah percaya pada rezeki yang Allah telah tetapkan.

Untuk elakkan membazir, biasanya peniaga akan sedekahkan makanan yang tak laku tapi masih elok pada pelanggan secara percuma.

Tak Kisah Kongsi Rezeki

Seperti yang dikongsikan oleh @ceoayampedaskorea, dia tak kisah berkongsikan makanan yang tak terjual pada penghujung waktu operasi kedai.

Menerusi video yang dimuatnaik, peniaga ini menceritakan kisahnya bersama sekumpulan pelanggan kanak-kanak.

Ketika itu, waktu untuk tutup kedai sudah hampir tiba, namun masih ada tteokbokki yang masih belum terjual. Kebetulan pula, ada sekumpulan budak-budak belasan tahun berkunjung ke kedainya pada saat-saat akhir untuk membeli air.

Tanpa berfikir panjang, peniaga pun terus memberikan tteokbokki terakhir secara percuma kepada pelanggan-pelanggan ciliknya.

Dia gembira kerana budak-budak yang datang sangat sukakan ttekbokki sampai licin dihabiskan. Peniaga juga memuji sikap mereka yang pandai buang sampah ke dalam tong. Keesokan harinya, ada yang datang bawa keluarga mereka sendiri makan di kedainya.

Berniaga Adalah Cara Paling Mudah Untuk Bersedekah

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memuji sifat murah hati peniaga ini. Sememangnya, berkongsi rezeki tak akan merugikan kita, malah Allah akan gandakan rezeki kita pada masa hadapan.

“Berniaga la cara paling mudah untuk bersedekah”, coret salah seorang pengguna TikTok.

Tak Kisah

Suka Tengok Budak-Budak Ni Makan

Sementara itu, ramai juga yang tumpang gembira melihat kanak-kanak yang sangat menikmati makanan percuma yang diberikan walaupun perlu berkongsi. Walaupun sedikit, tapi ia sangat bermakna bagi mereka.

Salah seorang netizen yang juga berniaga turut akui senang menerima pelanggan kanak-kanak. Berilah apa makanan sekalipun, mereka pasti akan makan tanpa banyak karenah.

Tak Kisah

Semoga Murah Rezeki

Dalam pada itu, ramai netizen yang mendoakan peniaga ini supaya murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Tak Kisah

Semoga kisah yang dikongsikan oleh peniaga ini dapat dijadikan iktibar buat semua.

Walaupun makanan yang dijual tidak laku, peniaga tidak sepatutnya buang. Sebaliknya, mereka boleh sedekahkannya kepada orang yang lalu-lalang supaya makanan tidak membazir.

Dengan ini, peniaga bukan saja dapat elakkan pembaziran, malah pahala bersedekah pun dapat. Dalam bersedekah, kita tak sepatutnya berkira atau ragu-ragu dalam memberi.

Yakinlah yang Allah akan gandakan lagi rezeki kita pada masa akan datang, InsyaAllah.

Sumber : TikTok @ceoayampedaskorea

tags: