Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ada Yang Taburkan Tanah Kubur..”, Peniaga Takoyaki Sedih, Pelanggan Tak Nampak Kedai Buka.

“Ada Yang Taburkan Tanah Kubur..”, Peniaga Takoyaki Sedih, Pelanggan Tak Nampak Kedai Buka.

Kategori:
peniaga Takoyaki

Buka kedai namun orang ramai seolah-olah melihat kedai tutup. Hal ini kebiasaannya sering terjadi dalam kalangan peniaga Melayu. Tidak kira berniaga apa sekali pun. Apabila barangan atau makanan yang dijual laris maka akan timbul hasad dengki dalam hati si pedengki.

Kebiasaan mereka ini akan menggunakan ‘benda luar’ bagi menutup atau membuat sesuatu agar kedai tersebut kelihatan tutup. Seperti mana yang dikongsikan oleh Annajulida di aplikasi TikTok berkenaan dengan perniagaan Takoyakinya yang kelihatan sentiasa tutup oleh orang ramai.

Peniaga Takoyaki luah kecewa kedai tiada pelanggan

Menurutnya menerusi video yang dikongsikan, sudah hampir sebulan kedainya tiada pelanggan yang hadir. Kalau ada pun hanya seorang dua. Ekoran itu tepung yang dibancuh sebanyak 2 kilogram itu tidak habis. Tambahan pula, ada pelanggan datang mengadu kedainya selalu tutup.

Sedih dan buntu. Mungkin itulah perasaan yang boleh digambarkan oleh Anna ini. Namun ramai dalam kalangan warga TikTok mengesyaki bahawa kedainya sudah terkena dan mengesyorkan untuk memanggil ustaz.

@annajulida_

Allah nak uji iman dan sabar kami. Tauhid kami sbgai peniaga. Semoga peniaga jalanan mcm kami terus kuat 💪🏻 #berandafyp #berandatiktok #esekeli

♬ PENANTIAN ARMADA – Sadvibes🥀

@annajulida_Allah nak uji iman dan sabar kami. Tauhid kami sbgai peniaga. Semoga peniaga jalanan mcm kami terus kuat 💪🏻 ##berandafyp ##berandatiktok ##esekeli

♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Lebih menyeramkan lagi adalah apabila ada warga TikTok yang mengatakan ada sesuatu dekat kedai wanita ini. Katanya kemungkinan kedai Anna ini ada seseorang yang taburkan tanah kubur. Malah dalam masa yang sama, ada juga warga TikTok yang mengatakan Takoyaki yang dijual oleh akak ini sangat sedap.

Yang buat ni mesti orang Islam..
Sedap gila tako akak ni..

 

Tidak kurang juga ada yang sempat berkongsi pengalaman di mana kedainya kelihatan sentiasa tutup kerana ditaburkan dengan tanah kubur.

Kami pernah kena..

Ramai yang komen kata Takoyaki yang dijual oleh wanita ini sangat sedap. Pastinya ada ‘sesuatu’ yang menyebabkan kedai ini kelihatan sentiasa tutup. Mungkin korang yang berada di Kerteh, Terengganu boleh lah singgah di kedai Takoyaki by Chef Tako. Kedai ini terletak berhampiran dengan McDonalds.

Kredit: TikTok Annajulida

Baca juga: “Nak Macam Sayap Katu Tu Lebih…”, Perniaga Terhibur Baca Pesanan Pelanggan Yang Order Takoyaki Macam Ni

tags: |