Dalam kehidupan yang semakin mencabar ini, bukan semua orang bernasib baik dan mampu meneruskan kelangsungan hidup seperti orang ramai.
Ada yang keluar kerja dan masih bergelut untuk makan dan mengisi perut yang lapar.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang peniaga tauhu burgedil jalanan yang berkongsi kisah sayu membantu seorang rider, perkongsiannya mendapat perhatian ramai.
Dia menceritakan bagaimana kehidupan sebagai peniaga jalanan memberi banyak pengajaran kepadanya tentang rasa bersyukur dan pentingnya menolong orang dalam kesusahan.
Menurut video berkenaan, ketika sedang menyiapkan makanan untuk pelanggan yang membuat pesanan atas talian (online), rider yang ditugaskan untuk mengambil makanan tersebut meminta tolong sesuatu.
“Semalam abang rider ni buat saya pedih mata sikit. Tengah settle order online, sorang lagi rider datang nak collect order.
“Dia cakap, kak, saya nak minta tolong sikit boleh?
“Saya transfer kat abang 5 ringgit, abang bagi duit dekat saya.
“Saya tak makan lagi sebenarnya. Tak boleh keluar duit,” ceritanya tentang perbualan dia dengan rider tersebut.
Ceritanya lagi, rider tersebut tidak boleh mengeluarkan duit dari bank kerana baki tidak mencukupi. Dia hanya bergantung duit di dalam akaun Shopee sahaja dan membuat kerja sambilan sebagai rider Shopee serta kerja kilang pada waktu malam.
Atas kebaikan dan empati peniaga tauhu burgedil itu, dia telah memberikan tauhu burgerdil percuma sebagai makanan yang boleh mengisi perut rider tadi.
@taugedel Lain orang, lain struggle dia. Duduk tepi jalan ni, banyak mengajar kita sebenarnya 🥰 #fyp #tauhubergedil #taugedel #damansaradamai #peniagajalanan
@taugedel Lain orang, lain struggle dia. Duduk tepi jalan ni, banyak mengajar kita sebenarnya 🥰 #fyp #tauhubergedil #taugedel #damansaradamai #peniagajalanan ♬ Hanya Satu Persinggahan
Melihat komen orang ramai di ruangan video ‘Peniaga Tauhu Jalanan Kongsi Kisah Sedih Bantu Rider, Ramai Netizen Puji Sikap Ini..’, ramai yang memuji sikap peniaga tersebut.
Kata orang ramai, peniaga ini menunjukkan tauladan yang baik untuk kita sentiasa menolong antara satu sama lain.
“Semoga awak dan suami dimurahkan rezeki”, doa netizen di ruangan video ‘Peniaga Tauhu Jalanan Kongsi Kisah Sedih Bantu Rider, Ramai Netizen Puji Sikap Ini..’
Bila duduk tepi jalan ni, macam-macam benda yang boleh buat kita mensyukuri setiap nikmat yang Tuhan bagi. Dan kadang-kadang, Tuhan hantarakan orang-orang ni untuk uji kita.
Cuma kita yang perlu tentukan, arah mana yang kita nak tuju. Syabas kepada peniaga tauhu burgedil berkenaan kerana menunjukkan empati yang tinggi dan memberi pesan kepada masyarakat bahawa membantu orang yang memerlukan adalah tugas kita semua.
Sumber: taugedel