Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

“Yang Meniaga Je Tahu Perasaan Tu..” Peniaga Tepi Jalan Diduga, Gerai Dihalang Lori Depan & Tepi.

Cik Lawa by Cik Lawa
Ogos 3, 2022
in Berita
3 min read
0 0
0
peniaga tepi jalan
0
SHARES
1
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Zaman sekarang pelbagai cara yang digunakan demi meneruskan kelangsungan hidup. Demi memastikan perut isteri, anak-anak serta keluarga sentiasa terisi dengan makanan. Segala rintangan ditempuh dengan sabar, pelbagai pekerjaan dicuba.

Malah kini ramai yang cuba menjadi peniaga. Tidak kira sama ada peniaga makanan, peniaga alat solet mahu pun peniaga barangan lain. Mungkin mereka sudah buntu atau pun meniaga adalah minat mereka, jadi mereka cuba sebaik mungkin.

Sanggup berhujan panas demi mendapatkan sesuap nasi dan rela membahayakan nyawa berniaga di tepi jalan. Mungkin itulah tempat yang terbaik untuk mereka mendapatkan sumber pendapatan.

Pelbagai jenis makanan yang dijual oleh peniaga tepi jalan ini sama ada minuman, makanan berat atau pun makanan ringan. Namun begitulah kehidupan, pastikan akan ada ujian atau dugaan yang bakal dihadapi.

Gerai peniaga tepi jalan dihalang lori tepi dan kanan

Bukan sahaja nyawa jadi taruhan namun seperti mana yang dikongsikan oleh Mat Sempoy menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan kedainya dihalang oleh kenderaan.

Apabila gerai dihalang, lebih-lebih lagi dengan kenderaan yang besar dan panjang seperti lori, pastinya orang ramai tidak nampak kedai berkenaan. Bukan sekadar tidak nampak, nak berhenti pun rasa malas apabila tiada tempat meletakkan kenderaan.

Malah gerai Mat Sempoy ini bukan sahaja dihalang dari depan namun dari tepi juga. Menerusi video tersebut, dapat dilihat sebuah lori minyak berhadapan dengan kedainya. Manakala di tepi gerainya pula, ada sebuah lori kecil.

Jika lori berkenaan meletakkan kenderan dalam tempoh masa sekejap tidak mengapa, namun apabila lama pastinya sebagai peniaga tepi jalan, akan berasa sedih. Mana tidaknya, tiada langsung pelanggan yang hadir pada ketika itu.

@mat_sempoy

depan kene blok tepi kene blok.. dugaan ari ni sobat.. #tehpeng #peniagajalanan #rezeki #fyp #fypage #tiktokpelitfyp #copylink #1m

♬ original sound – Suprie Belenyon – Suprie Belenyon

BacaJuga

peniaga buah kini pasar malam

“Hebat Orang Melayu Kita..” Dulu Hanya Berniaga Di Pasar Malam Namun Kini Peniaga Buah Ini Mampu Buka Kedai Sendiri

September 22, 2023
50
Pelanggan tolong bayarkan makan minum

“Aku Yang Nangis..” Dedah Selalu Pelanggan Tolong Bayarkan Makan Minum Pakcik Ini, Rupanya Ada Kebaikan Yang Sering Dilakukan

September 21, 2023
61
@mat_sempoy depan kene blok tepi kene blok.. dugaan ari ni sobat.. #tehpeng #peniagajalanan #rezeki #fyp #fypage #tiktokpelitfyp #copylink #1m ♬ original sound – Suprie Belenyon

Yang meniaga ja taw perasaan tu abang..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan.

Ada yang menulis, yang meniaga sahaja tahu perasaan abang tu. Betul apa yang ditulis oleh DausSuper ini, bukan peniaga pasti tak dapat rasa dan selami apa perasaan Mat Sempoy.

Kalau ada lesen meniaga kat situ boleh..

Tidak kurang juga ada yang menyarankan lelaki ini untuk menegur pemandu lori berkenaan jika ada lesen meniaga di situ. Tegur baik-baik, pasti tiada masalah. Yang penting jangan marah dan maki sesuka hati.

Buat abang ini, sabarlah. Mungkin ini ujian dan dugaan untuk abang pada hari tersebut. Moga ada rezeki yang lebih hebat dan besar yang Allah ingin kurniakan nanti.

Buat pemandu lori dan kenderaan lain, pastikan setiap kali anda meletakkan kenderaan, perhatikan dahulu sekeliling. Adakah ada menghalang peniaga tepi jalan sebegini atau pun tidak. Semua orang bertungkus lumus mencari rezeki, tidak rugi pun jika kita bertolak ansur.

Sumber: TikTok Mat Sempoy

Baca juga: “Hati-Hati Bila Masuk Kedai..” Tengah Makan Di Kedai Tiba-Tiba Lelaki Ini Terkejut Kerana Terpandang Sesuatu, Rupa-Rupanya..

Download Best WordPress Themes Free Download
Download WordPress Themes
Premium WordPress Themes Download
Download Best WordPress Themes Free Download
download udemy paid course for free
download lenevo firmware
Tags: lelakiPeniagapeniaga tepi jalanpenjualRezeki
ShareTweetSend

Related Posts

beri makan gelandangan
Berita

Peniaga Ini Beri Makan Gelandangan Tanpa Kira Agama & Bangsa, Ramai Tersentuh Hati Dengan Cara Dia

September 27, 2023
13
Kedai Ikan Bakar Abang Petai
Berita

Kedai Ikan Bakar Abang Petai Kelantan Jadi Tarikan Ramai, Menu Peniaga Ini Bangkit Selera Pelanggan

September 27, 2023
114
McD lapor polis
Berita

McD Lapor Polis, Dakwa Pelanggan Buat Cerita Tak Tepat Tentang Caj Sos Cili, Ini Ceritanya..

September 27, 2023
449
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist