Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

“Buat 35 Kg, Tak Habis 30 Kg..”, Peniaga Terpaksa Buang Barang Jualan Demi Jaga Kualiti, Join Event Tapi Tak Dapat Sambutan Sebab..

Cik Daun by Cik Daun
November 23, 2022
in Berita
2 min read
0 0
0
peniaga terpaksa buang barang jualan
0
SHARES
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam berniaga, untung rugi setiap jualan sememangnya akan terjadi dan berlaku. Ada kalanya ia tidak diduga kerana meleset daripada perancangan awal dan target. Lebih-lebih lagi, peniaga akan mempunyai target jika masuk ke mana-mana jualan pesta makanan kerana ingin merancang untuk menampung kos lain.

BacaJuga

limau mandarin

“Biasa Kami Tempah Banyak Kontena”, Limau Mandarin Tak Dapat Sambutan Di Pulau Pinang, Peniaga Jangka Berdepan Kerugian Besar

Januari 18, 2023
151
peniaga kedai makan kesal

“Call Tak Angkat, Mesej Tak Balas..”, Peniaga Kedai Makan Kesal Modal Habis Beribu, Tak Sangka Pekerja Buat Macam Ni

Januari 9, 2023
124

“Buat 35 Kg, Tak Habis 30 Kg..”, Peniaga Terpaksa Buang Barang Jualan Demi Jaga Kualiti, Tak Dapat Sambutan Akibat Lambakan Event Lain

peniaga terpaksa buang barang jualan

Seperti yang terjadi kepada peniaga keria yang menyertai sebuah event untuk menaikkan hasil jualannya, hal itu berlawanan dengan apa yang dirancang. Menyangka bahawa ramai pengunjung yang datang, tetapi perkara sebaliknya berlaku.

Akibat tiada ramai pelanggan, dia telah mengalami kerugian dan terpaksa membuang baki kuih keria jualannya demi menjaga kualiti makanan.

“Buat 35 kg, tak habis 30 kg. Terpaksa buang untuk menjaga kualiti. Masuk hari 2 buang,” ceritanya menerusi video peniaga terpaksa buang barang jualan demi jaga kualiti berkennaan.

"Buat 35 Kg, Tak Habis 30 Kg..", Peniaga Terpaksa Buang Barang Jualan Demi Jaga Kualiti, Tak Dapat Sambutan Akibat Lambakan Event Lain

Tambahnya lagi, ada beberapa faktor yanng menyumbang kepada jualannya yang tidak mendapat sambutan apabila menyertai event berkenaan.

“(Jualan tak laku) kerana akibat lambakan event lain dan juga cuaca tidak menentu. Dari siang tak gerak-gerak pun kuih. InsyaAllah rezeki Allah luas. Pasti ada pelangi selepas hujan. Pengalaman yang sangat berharga.

“Ini paling sedikit saya bawa untuk event. Selalunya 60 kg ke atas sebab sewa tapak mahal,” kata pemilik video berkenaan.

Dan seperti sedia maklum, negara kita sekarang sedang berhadapan dengan monsun dan pertukaran cuaca yang tidak disangka. Ia memberi kesan kepada peniaga kecil lebih-lebih lagi peniaga jalanan dari segi jumlah pelanggan.

Cuaca Tak Menentu Juga Faktor Pengunjung Sedikitpeniaga terpaksa buang barang jualan

Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang turut bersimpati dan memberi nasihat untuk peniaga menyedekahkan kuih keria yang tidak terjual itu kepada yang lebih memerlukan untuk mengelak pembaziran.

“Kalau boleh, kasi orang kasi niat sedekah, InsyaAllah rezeki akan datang,” tulis seorang netizen memberi komen kepada kisah peniaga terpaksa buang barang jualan demi jaga kualiti itu.

“Lepas ni boleh sedekah dekat masjid kalau ada balance,” kata netizen lain bernama Acap.

“InsyaAllah, Allah SWT sentiasa permudahkan urusan kita semua. Keep strong ya, saya pun oeniaga, faham sangat,” komen netizen dengan nama Fadly memberi semangat kepada peniaga terpaksa buang barang jualan tersebut.

Bagi Sedekah, Elak Pembaziran

Mengakhiri kisah ini, mungkin peniaga ingin juga bersedekah tetapi atas faktor keselamatan dan kebersihan makanan, dia terpaksa membuangnya.

“Baik-baik, terima kasih. Kalau kerja saya masih elok dan cantik. Saya akan serahkan kepada masjid dan rumah anak yatim,” ujar peniaga tersebut itu lagi.

peniaga terpaksa buang barang jualan

Jom support peniaga ini! Semoga peniaga yang di luar sana juga bertahan dalam mencari rezeki. Rezeki Tuhan pasti tidak salah alamat.

Sumber: Keria Lovers JB

Baca juga: Pecah Rekod Dunia, Penghantar Makanan Wanita Singapura Rentas 30 Ribu Kilometer Hantar Pesanan Ke Antartika 

Free Download WordPress Themes
Download WordPress Themes Free
Download Premium WordPress Themes Free
Download WordPress Themes
lynda course free download
download lenevo firmware
Tags: Keria Gula Melakapeniaga rugipeniaga terpaksa buang barang jualan
ShareTweetSend

Related Posts

Mat Salleh Australia
Berita

Reaksi Mat Salleh Australia Makan Burger Ramly Tepi Jalan Tarik Perhatian Netizen, Bagi Rating Yang Tinggi Sangat!

Januari 27, 2023
133
peniaga celup tepung
Berita

Peniaga Celup Tepung Rugi Hampir RM100,000 Akibat Fenomena Air Pasang, Hampir 200 Pelanggan Lihat Kejadian Yang Dahsyat

Januari 27, 2023
94
gadis OKU
Berita

Gadis OKU Cari Rezeki Jadi Peniaga Burger Buka Mata Orang Ramai, Gigih Bekerja Sendiri Dalam Jalani Kehidupan

Januari 27, 2023
104
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist