Setiap negeri mempunyai hidangan istimewa tersendiri yang sudah menjadi kebanggaan setiap rakyat di negeri itu. Di Terengganu, Nasi Dagang menjadi hidangan negeri tersebut. Pahang pula memang cukup terkenal dengan Ikan Patin Masak Tempoyak. Manakala di Kelantan, semua sudah mengetahui bahawa Nasi Kerabu tetap menjadi kesukaan rakyat di negeri Pantai Timur itu.
Oleh itu, hidangan setiap negeri sangat disanjungi. Untuk mengekalkan identitinya, tak ramai yang mengubah cara penyediaannya, apatah namanya. Namun, ada juga yang berbuat demikian untuk memberi sedikit kelainan.
Terbaru, seorang peniaga yang menjual aneka nasi kukus mengenalkan hidangan terbaharu di kedainya iaitu ‘Nasi Kerakus’. Berkongsi di laman TikTok, seorang penonton bagaimanapun mengatakan bahawa ‘Nasi Kerakus’ tersebut sama sahaja dengan Nasi Kerabu biasa yang dijual.
Demi menjawab komen penonton tersebut, peniaga itu memuat naik sebuah video menerusi akaunnya, nasiberlaukpasirgudangjb. Jelasnya, memang bahan-bahan yang digunakan dalam ‘Nasi Kerakus’ adalah sangat serupa dengan yang digunakan dalam Nasi Kerabu.
Namun apa yang membezakan ‘Nasi Kerakus’ dengan Nasi Kerabu yang biasa adalah ia dikukus menggunakan periuk steamer supaya nasinya lebih gebu dan lembut. Oleh kerana caranya dimasak, namanya telah ditukar kepada ‘Nasi Kerakus’.
@nasiblaukpasirgudang Reply to @xenon_nak_24434 Nama Panggilan Dan Cara Memasak Berbeza (Nasi Kerabu Kukus) #nasikerakus #fypシ゚viral
@nasiberlaukpasirgudangjb Reply to @xenon_nak_24434 Nama Panggilan Dan Cara Memasak Berbeza (Nasi Kerabu Kukus) #nasikerakus #fypシ゚viral ♬ suara asli – Zerz`SoftBoy🤺 – ZERZ`SOFTBOY 🤺
Reaksi warganet bagaimanapun bukanlah perkara positif. Menjengah di ruangan komen, ramai pula yang kurang bersetuju dan berang kerana peniaga itu telah tukar nama nasi kerabu, terutamanya mereka yang berasal dari negeri Kelantan.
Nama hidangan negeri ini merupakan sesuatu yang amat penting dan memberi identiti pada hidangan tersebut. Jadi untuk menjaga warisan serta kebudayaannya, seharusnya kita tidak sesuka hati mengubahnya. Secara tradisional, memang nasi kerabu tidak dimasak dengan cara begitu tapi warna nasi serta bahan-bahan yang digunakan tetap menjadikannya nasi kerabu yang dicintai oleh warga Kelantan.
Kredit: TikTok nasiberlaukpasirgudangjb
Baca Juga: “Ni Yang Aku Malas..”, Asyik Makan Di Kedai Mamak, Lelaki Ini Baru Perasan Rupanya..