Baru-baru ini heboh di media sosial berkenaan dengan beberapa biskut popular Malaysia mempunyai bahan penyebab kanser. Menurut laporan dari Majlis Pengguna Hong Kong, bahan tersebut adalah acrylamide dan glycidol. Isu tersebut telah membuatkan ramai rakyat Malaysia panik dan risau.
Menerusi laporan tersebut, pihak mereka menyatakan terdapat 60 jenama produk konfeksi tepung termasuk biskut yang dijual di pasaran Hong Kong mengandungi acrylamide dan glicydol.
Buat pengetahuan semua, acrylamide ini merupakan bahan pencemaran yang boleh terhasil semasa pemprosesan atau penyediaan makanan. Namun ianya boleh dikawal melalui proses dan pemilihan bahan mentah.
Terbaharu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pemantauan yang dijalankan oleh KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah dilakukan sejak 2015 lagi.
Hasil pemantauan bagi produk berkenaan termasuk biskut jenama terlibat, BKKM mendapati tahap purata acrylamide adalah 246 mikrogram per kilogram. Iaitu di bawah paras (benchmark level) yang ditetapkan oleh European Unino (EU) Commission Regulation iaitu350 µg/kg.
Penilaian risiko ke atas acrylamide dan glicydol dalam makan sudah dijalankan oleh BIKMM dan mereka mendapati risiko kesihatan terhadap bahan berkenaan adalah rendah.
Kenyataan Akhbar KPK 27 Oktober 2021 – Maklumat Terkini Isu Pencemaran Acrylamide dan Glicidol di dalam Produk Konfeksi Termasuk Biskut https://t.co/nFSVBXliwF
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 27, 2021
Berikutan itu, Dr Noor Hisham menjelaskan KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.
Jika terdapat isu-isu berkaitan dengan keselamatan makanan, anda mungkin boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.