Mengendalikan gerai buah-buahannya seawal jam 7 pagi, peniaga tua berusia 84 tahun ini telah mempamerkan sifat ketabahan, kerja keras dan dedikasi dalam melakukan pekerjaannya.
Menurut kiriman Uncle Kentang, dia berkongsi bahawa dia dalam perjalanaan ke stesen LRT bersama anaknya. Semasa dia dalam perjalanan pulang, dia terserempak dengan seorang lelaki yang berusia 84 tahun, mengendali trak buahnya.
Mendekati lelaki tua itu, dia mendapat tahu lelaki yang rajin itu telah mengusahakan gerai buah-buahannya selama lebih 31 tahun.
“Dia mempunyai seorang isteri berusia 74 tahun dan 2 orang anak. Kedua-dua anak mereka berjaya dan boleh menguruskan diri sendiri, namun dia terus ingin menjual buahannya,” ceritanya.
Walaupun sudah berusia 84 tahun, bapa saudara itu masih dalam keadaan sihat dan bebas daripada sebarang penyakit.
Dengan tubuh badan yang sihat, lelaki itu enggan berehat kerana dia percaya bahawa menyediakan buah-buahan yang segar kepada orang ramai adalah penting.
“Dia menjual buah-buahan berkualiti tersebut dengan dengan gembira dan senang, kerana kualiti buahnya yang terjamin,,” tulis Uncle Kentang.
Mengakhiri perkongsiannya, Uncle Kentang menyebut bahawa sesiapa yang berminat dan tertarik untuk mencuba boleh lah mencarinya di hadapan McD Puchong Perdana – tempat dia menjamah buahan-buahan segar setiap hari.
Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa masa operasinyaa tamat sekitar jam 1 tengah hari.
Terima kasih pakcik kerana memberkati orang ramai dengan buah-buahan yang berkualiti tinggi dan menunjukkan kepada kami erti sebenar kerja keras dan ketahanan.
Sumber: Chee Heng Kuan