Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Harga Getah Semakin Rendah, Penoreh Gadai Emas Beli Makanan Bagi Kelangsungan Hidup

Harga Getah Semakin Rendah, Penoreh Gadai Emas Beli Makanan Bagi Kelangsungan Hidup

Kategori:
penoreh gadai emas beli makanan

Dalam keadaan ekonomi terumbang ambing, pelbagai kisah yang dikongsi media berkenaan pergelutan rakyat untuk meneruskan hidup. Ada yang terpaksa berhutang dan berjimat dengan kadar luar biasa bagi membeli makananan untuk mengisi perut.

Seperti yang dilaporkan oleh Kosmo baru-baru ini, pihaknya menyiarkan bagaimana kisah penoreh getah menggadai emas bagi membeli makanan untuk kelangsungan hidup.

Harga Getah Semakin Rendah, Penoreh Gadai Emas Beli Makanan Bagi Kelangsungan Hidup

penoreh gadai emas beli makanan

Menurut media berkenaan pada minggu lepas, penurunan harga getah sejak akhir-akhir ini menyebabkan ramai penoreh terutama di Kampung Pindang dan Kampung Tong Pelu, Kuala Nerang mula gelisah. Ia kerana mereka terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi.

Mohd Sabri Abd Rahman, 54 dari Kampung Pinang berkata, harga getah yang semakin rendah memberi kesan kepada mereka. Hal ini mengakibatkan sehingga ada dalam kalangan mereka terpaksa berhutang dan bergadai barangan kemas bagi meneruskan kehidupan.

Berikutan berita itu, ia mendapat perhatian netizen dan masing-masing memberi pandangan tentang isu itu. Ada yang membandingkan harga getah di pasarang sekarang dengan tahun-tahun yang terdahulu.

“Seingat aku menoreh dulu tahun 1984 macam tu, harga getah sekilo RM1.20 macam tu. Harga sekarang RM2.50, sekilo. Kesian penoreng mana (orang-orang yang terlibat). Takkan tengok sahaja,” kata netizen bernama Razali.

Selain itu, ada juga netizen yang menceritakan pengalaman sendiri bahawa jasa dari jualan getahlah yang menjadikan dia sebagaimana hari ini.

penoreh gadai emas beli makanan

“Jasa dari pokok getahlah dari duit getahlah ambe boleh jadi macam ni, berjaya dalam hidup. Rezeki dari pokok getah yang pagi-pagi subuh kedua orang tua menoreh untuk kehidupan. Harapnya segala jasa dari sumber pokok getah ini akan bertambah.

“Akan ada nilanya harap pihak kerajaan tidak terlalu bergantung dengan getah tiruan yang banyak pakai buang denngan harapnya adal la yang berkemampuan buat kilang tilam ke tayar ke dari Malaysia yang bergetah asli,” kata netizen bernama Megat memberi pandanngan berkenaan kisah penoreh gadai emas beli makanan.

“Dengan Duit Menoreh Getahlah Buat Saya Berjaya, Harap Ada Bantuan Dan Sokongan”

Dalam perkembangan sama, kerajaan sedang menimbangkan inisiatif khas membantu 500,000 pekebun kecil getah seluruh negara yang bergelut akibat kejatuhan harga komoditi itu ketika ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata dua cadangan yang dikemukakan adalah menetapkan harga lantai getah sekerap kepada lebih RM3 sekilogram atau memanjangkan tempoh bantuan musim tengkujuh kepada enam bulan.

Menteri Kata Ada 2 Cadangan Untuk Penoreh Getah

penoreh gadai emas beli makanan

Semoga semuanya terus bertahan dalam menghadapi ekonomi yang terumbang ambing ini. Agar semua pihak saling tolong-menolong antara satu sama lain.

Jika melalui pelaporan penoreh gadai emas beli makanan ini, semoga penambahbaikan yang serius dengan meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah dan kehidupan keluarga mereka daripada aspek sosioekonomi dipertingkatkan.

Sumber: Kosmo

Baca juga: “Duitnya Untuk Beli Blender Mama..”, Rider GrabFood Kongsi Kisah Menyentuh Hati, Tak Sangka Ramai Menangis..

tags: | | |