Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Perangai Anak Nombor 2 Memang Macam Ni, Netizen Tergelak Lihat Budak Lelaki Ini Merajuk Di Luar Kedai Makan Sambil Dipujuk Ayahnya!

Perangai Anak Nombor 2 Memang Macam Ni, Netizen Tergelak Lihat Budak Lelaki Ini Merajuk Di Luar Kedai Makan Sambil Dipujuk Ayahnya!

Kategori:

Walaupun kita ini keluar dari rahim yang sama, rambut sama hitam tetapi masing-masing mempunyai perangai yang berbeza. Setiap orang punyai perangai yang boleh diingati oleh ibu bapa mereka kerana celoteh mereka.

Sama seperti video yang dikongsikan, ibunya memberitahu bahawa perangai anak nombor 2 memang semua sama. Budak lelaki ini merajuk di luar kedai makan sambil dipujuk ayahnya.

Perangai Anak Nombor 2 Memang Macam Ni, Netizen Tergelak Lihat Budak Lelaki Ini Merajuk Di Luar Kedai Makan Sambil Dipujuk Ayahnya!

Celoteh budak lelaki atau dikenali sebagai Maleq ini dikongsikan oleh balkis_daiyan. Beliau menunjukkan bahawa si Maleq anak nombor dua ini sedang merajuk sambil bersilang tangan dan ditemani ayahnya.

Rupanya peragai anak nombor dua ini semua sama kerana mereka juga berperangai seperti budak lelaki itu semasa mereka kecil.

anak nombor 2

Ketika ayah beliau cuba untuk melihatnya dari arah hadapan wajah Maleq itu, beliau terus berpusing ke hadapan. Sambil bersilang tangan dan menunjukkan reaksi wajah yang marah ketika berpaling ke hadapan.

Ayahnya masih mencuba dengan mencuit bahu beliau, tapi beliau tetap menunjukkan reaksi yang sama.

anak nombor 2

Gelagat beliau itu turut dirakam oleh keluarga beliau yang lain, sambil merakam kerana sungguh comel dan wajib dirakam.

Nanti besar, boleh tunjuk kepada beliau bahawa beliau suka merajuk ketika masa kecil.

@balkis_daiyan Yang bukan2 jeee si maleq ni 😂 #merajukpulakdia🤷🏻 #drama #anakno2hadir🤪✌️ ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Berapa Lama Sesi Pujuk Memujuk Tu?

Melihat di ruangan komen, ramai warganet yang berkongsi kisah mereka yang juga merupakan anak nombor 2.

“Saya anak nombor dua, kalau merajuk mak saya bagitahu saya suka berguling depan orang. Sampai saya dapat benda yang nak tapi mak saya tak layankan pun.”, komen netizen bernama Fykaa Ibrahim mengatakan bahawa beliau juga anak nombor dua dan perangai yang suka merajuk.

anak nombor 2 anak nombor 2 anak nombor 2 anak nombor 2

Ingat ya, merajuk pada usia kanak-kanak ini nampak comel lagi. Kalau dah besar dewasa, tak nampak comel dah.

Kredit: balkis_daiyan

Baca Juga: Pening Teman Wanita Merajuk, Lelaki Ini Minta Barista Pujuk Tapi Tak Sangka Ini Pula Yang Ditulis

tags: | |