Pasti masih ramai yang keliru dan tidak tahu membezakan diantara Salted Butter (bergaram) dengan Unsalted Butter (tidak bergaram). Jika kalian masih belum tahu perbezaan diantara kedua-dua butter ini, jom baca beza Salted Butter dengan Unsalted Butter di bawah.
Salted butter adalah mentega yang mengandungi garam. Salted butter lebih tahan lama dari pada unsalted butter.
Unsalted butter pula mentega fresh tanpa garam. Rasa butter yang lebih kuat dan jangka hayatnya lebih cepat luput.
Bagi anda yang nak buat biskut, salted butter lebih disyorkan. Jika nak buat kek pun tiada masalah. Namun, unsalted butter lebih disyorkan untuk membuat kek. Lebih-lebih bagi kek yg bertekstur ala-ala puding sebagai contoh kek cheese. Sebabnya ada kita mahukan rasa mentega yang kuat serta segar dan wangi.
Dari segi harga, Unsalted Butter lebih mahal berbanding Salted Butter. Yang ini kena perhatikan betul-betul, rujuk pada gambar. Tak kira jenama apa sekalipun seperti SCS, Anchor, Golden Churn dan lain-lain.
Unsalted Butter beratnya cuma 225@227gram kerana tidak mempunyai kandungan garam.
Berat Salted Butter pula adalah 250gram, lebih berat berbanding Unsalted Butter kerana mengandungi garam. Sebab itu berat kedua-dua jenis ini berbeza.
Jadi bila anda buat sesuatu resepi. Bila dalam resepi gunakan 1 ketul butter. Kebiasaan orang guna salted butter jadi mesti 250grm.
Kalau anda guna unsalted butter bermakna resepi anda dah kurang sukatan butter. Jadi tentu hasilnya tak sama. Boleh faham tak apa yg saya cuba jelaskan.
Tip***Jadi jangan berkira jika nak beli penimbang.. (kitchen scale) jika mahukan hasil yg benar2 menjadi.
Dari segi jenama tiada masalah. Beza pada harga dan kualiti rasa sahaja. Ikut kemampuan masing-masing.
Kredit: Hadid Al Has