Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Ada Beza Rupanya 4 Jenis Tepung Beras Ini, Patutlah Bila Buat Kuih Tak Menjadi..

Ada Beza Rupanya 4 Jenis Tepung Beras Ini, Patutlah Bila Buat Kuih Tak Menjadi..

Kategori:
Jenis Tepung Beras

Buat mereka yang belum tahu, ada pelbagai jenis tepung beras yang dijual di pasaraya dan setiap jenis tepung beras itu berbeza kegunaannya mengikut jenis makanan yang mahu dibuat.

Pasti ramai juga yang tidak perasan, ada 3 jenis tepung beras yang berlambangkan gajah. Tetapi apa perbezaan diantara 3 jenis tepung beras ini dan apa fungsinya? Jom ikuti perkongsian di bawah sehingga habis.

1. Tepung Beras Cap 1 Gajah

Sangat sesuai untuk menggoreng seperti untuk membuat adunan untuk pisang goreng, keledek, keladi, cempedak, adunan gorengan ikan, goreng mamak, goreng berempah. Tepung ini sangat rangup dan sesuai juga untuk membuat rempeyek dan tumpi kacang hijau@dhall.

2. Tepung Beras Cap 3 Gajah

Sangat sesuai untuk membuat kuih-kuih tradisional seperti kuih koci, apam beras eno dan pelbagai jenis kuih lagi. Tepung jenis ini akan menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat.

3. Tepung Beras Cap 5 Gajah

Tepung beras cap gajah 5 ini pula sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee kerana tepung beras jenis ini lebih kental.

4. Tepung Beras Cap Teratai

Tepung beras cap teratai ini sangat sesuai untuk membuat rempeyek dan apam. Jika digunakan untuk membuat apam rasa tepungnya akan kurang. Jika buat rempeyek dan tumpi, hasilnya akan menjadi sangat rangup.

tags: |