Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Block I..”, Perbualan Mesej Rider Dengan Pelanggan Bikin Ramai Geli Hati, Rasa Kelakar & Malu..

“Block I..”, Perbualan Mesej Rider Dengan Pelanggan Bikin Ramai Geli Hati, Rasa Kelakar & Malu..

Kategori:
perbualan mesej rider dengan pelanggan

Dalam zaman serba canggih ini, ramai yang memilih servis penghantaran makanan secara atas talian demi menjimatkan masa dan tenaga untuk makan. Misalnya, ketika hari terlalu padat dengan kerja harian, membeli makanan menerusi medium ini adalah antara pilihan yang menjadi pilihan ramai.

Dengan memesan sahaja makanan yang hendak dimakan menggunakan hujung jari, pelanggan hanya perlu menunggu di lokasi dan rider akan ke tempat pelanggan untuk menghantar pesanan.

Semasa servis penghantaran dilakukan, jika rider tidak mengetahui atau teragak-agak dengan alamat yang dipin oleh pelanggan, rider dan pelanggan boleh menggunakan medium live chat yang terdapat di dalam aplikasi untuk bertanyakan sesuatu dengan lebih lanjut.

“Block I..”, Perbualan Mesej Rider Dengan Pelanggan Bikin Ramai Geli Hati, Rasa Kelakar & Malu..

perbualan mesej rider dengan pelanggan

Seperti video yang tular semalam di laman TikTok, seorang rider berkongsi cerita yang menarik perhatian ramai berkenaan perbualan mesej rider dengan pelanggan yang menggelikan hati. Dalam video tersebut, dia telah menceritakan perbualan mesej berkenaan kepada netizen.

Pelanggan: Flat block I nombor rumah 0107 ya.

Rider: I tak tahu blok you apa.

Pelanggan: Block I

Rider: Hmmm main-main, cakap je lah blok apa. 

Pelanggan: Laaa kan dah cakap block (I). 

perbualan mesej rider dengan pelanggan perbualan mesej rider dengan pelanggan

Begitulah perbualan rider dengan pelanggan yang berjaya mencuri tumpuan netizen kerana kelakar dengan unsur lawak. Rider berkenaan tertukar maksud diantara perkataan block dan blok yang membawa maksud berlainan. Hal itu menyebabkan silap faham komunikasi yang menjadi lawak dan menggelikan hati.

@_itsyah harap onwer tk notis #fyp #foryoupage ♬ original sound – Ryan Syah

Melihat komen orang ramai, rata-rata netizen memecahkan tawa masing-masing di ruangan komen. Ramai menyatakan bahawa rider berkenaan yang sebenarnya lawak dan kelakar kerana salah faham dengan maksud yang diberi. Dan mungkin juga, rider sengaja ingin bergurau sahaja dengan pelanggan.

“Masalahnya kau yang kelakar, bukan dia,” kata seorang netizen bernama Pashi Paga.

“Kau yang kelakar bang, mesti dia tergelak-gelak,” komen netizen lain dengan nama Daya yang terhibur dengan perbualan mesej rider dengan pelanggan terbabit.

“Member tengah lapar, kau boleh main-main I U pulak ehhhh,” tulis Aboy Zam yang turut terhibur sama.

“Kau Yang Kelakar, Bukan Dia”

Min pun terhibur melihat perbualan mesej rider dengan pelanggan dalam video ni. Terkadang, kita juga perlukan hal-hal lawak (yang tidak berlebihan dan tidak memberi mudarat) untuk sama-sama ketawa dalam menghadapi hari-hari yang mencabar sekarang, kan? Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Sumber: Ryan Syah

Baca juga: “Gi Haji 2 Kali Sehari Ni Makcik..”, Gadis Ini Sedih Beli Keledek Goreng ‘Senipis Kulit Bawang’

tags: | |