Ada segelintir wanita yang berasa begitu bahagia apabila dapat menikmati pelbagai jenis makanan di hadapannya. Makanan turut merupakan penawar setia buat wanita yang menghadapi tekanan dan kekecewaan dalam hubungan. Senang cerita, makanan dan wanita berpisah tiada.
Bila menceritakan soal makanan pada para wanita, mesti mereka terus teruja. Itu belum lagi tengok makanan depan mata, lain macam reaksinya. Senyumnya boleh sampai ke telinga. Kita pula yang berasa terhibur melihatnya.
Di laman TikTok, seorang pengguna, aliasyafikahalias, memuat naik sebuah video pendek yang memaparkan gelagat comel anak kecilnya ketika berada di drive thru McDonald.
Memesan sundae cone, adik kecil itu jelas teruja dengan pesanan itu sehingga melompat-lompat dan gelak riang. Tak berhenti dengan ketawanya, sesiapa sahaja akan terpikat. Rasa terhibur dengan reaksi anak kecil itu, agaknya bagaimana lah bila besar nanti. Tak boleh bayangkan!
@aliasyafikahalias Perempuan dgn makanan tak dapat dipisahkan 😅 haha haih la nur aafiyah adelia #fypシ #forfun #tiktok #fyppppppppppppppppppppppp
♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
@aliasyafikahaliasPerempuan dgn makanan tak dapat dipisahkan 😅 haha haih la nur aafiyah adelia ##fypシ ##forfun ##tiktok ##fyppppppppppppppppppppppp♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod
Melihat di ruangan komen, warganet turut berasa terhibur dengan reaksi adik kecil itu. Perkara biasa buat perempuan, memang bahagia mereka lain macam bila nampak makanan yang dihidang.
Sesiapa sahaja yang melihat gelagat adik kecil itu turut terpikat dengan kecomelannya.
Bertuahnya si ibu dan ayah adik ini yang dapat melayan kerenah adik ini. Mesti kalau dia meragam atau merajuk mudah sahaja untuk memujuknya. Cuma perlu beli makanan saja, terus elok moodnya. Kalau nak memikat hati perempuan mudah saja, beli lah makanan banyak-banyak, dijamin berkesan. Layan lah dia gelak sampai ke malam nanti.
Kredit: TikTok aliasyafikahalias
Baca Juga: “Mak Asyik Main TikTok..” Gara-Gara Tinggalkan Anak Bersama Periuk Nasi, Ini Pula Jadinya..