Sebuah medan selera di Jalan Ujong Pasir, Melaka dianggap unik apabila menjadi ‘Perhentian Kuih Kampong’. Kedai itu menyediakan hidangan lebih kurang 40 jenis kuih-muih tradisional untuk dikunjungi sesiapa yang melancong ke negeri ini. Gerai ini, menyediakan pelbagai kuih tradisional membabitkan jenis utama iaitu bingka dan talam yang kebanyakannya dimasak secara kukus.

Kuih talam dimasak dalam loyang besar saja mempunyai pelbagai aneka kuih-muih. Iaitu seri kaya, seri muka, talam pandan, talam merah, talam ubi, talam keladi, talam keladi berlauk, dan tepung talam. Antara kuih lain yang lazim dijual ialah pelbagai jenis karipap, donat, keria, pulut panggang, lopez, pau, popiah kukus. Pelbagai kuih apam, kuih koci, kuih dadar, apam gula hangus, apam pisang dan sebagainya.

Istimewanya gerai ini ialah hidangan kuih tradisional yang dijual dengan pelbagai pilihan yang tiada di tempat lain dan menjadikan premisnya sebagai tempat unik untuk dikunjungi. Kuih-muih yang dihidangkan di sini juga mempunyai rasa yang cukup tradisional serta boleh mengimbau kembali ke zaman silam.

Tonton video ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan tempat makan tersebut:

Kredit: Hypp Inspirasi

(This post has been visited 3 times!)