Dalam keadaan ekonomi terumbang-ambing lebih-lebih lagi ketika Covid-19 melanda dunia dan tersebar luas, pasti ramai yang terpalit dengan keadaan isu semasa. Hal ini lebih membimbangkan buat mereka yang bekerja sendiri misalnya menjadi seorang peniaga makanan.
Seperti kisah yang dikongsi oleh seorang peniaga makanan, Aizamzakry memuatnaik dan berkongsi kisahnya yang pernah gagal dalam perniagaan tetapi mampu bangkit lagi dengan lebih tinggi bersama azam dan usaha dalam diri.
Menerusi video berkenaan, dia berkongsi bagaimana dia pernah melelong semua barang niaganya selepas pernigaannya tutup selama 3 bulan. Hal yang paling memeritkan lagi apabila dia turut kehilangan ibunya yang membuatkan dia tekad untuk bangkit dan balik semula ke ibu kota.
“3 bulan lepas, perniagaan tutup kesemuanya. 1 minggu lepas emak tiada. Aku tekad balik semula ke Kuala Lumpur untuk meniaga balik. Datang KL koboi (sehelai sepinggang) bawang 4 ekor kucing, sebab member ajak running business cafe dengan dia.
“Semua sehelai sepinggang, cari rumah baru pun tak survey dah. Kereta yang banyak berjasa pada masa ‘gelap’ asyik meragam juga. Dugaan betul.
“Alhamdulullah, kafe sudah hampir siap semasa aku pindah balik ke KL. 6 Ogos pengembaraan baharu bermula,” katanya yang berkongsi kisah peniaga lelong semua barang niaga dan bangkit kembali di laman TikToknya yang tular semalam.
Dengan itu, dia cuba mendapatkan jiwa dan dirinya kembali untuk meneruskan hidup. Dia mengubah kembali penampilan sedih itu kepada seseorang yang bersemangat dengan personaliti dan penampilan baharu.
“Slowly cuba dapatkan balik semangat. Ubah balik penampilan, kalau tak muka dah macam amayat hidup pula.
“Alhamdulillah hampir 2 bulan operasi jiwa dah pulih balik slowly perniagaan mula dikenali. Slowly build up, seronok dapat meniaga balik dapat reda dengan semua yang terjadi.
“Member yang bagi semangat untuk aku involve dengan business balik dan sama-sama jalankan business dia. Environment yang sangat positif. Semoga aku kembali kuat,” tambahnya lagi menceritakan kisah naik bangunnya yang kini menjalankan perniagaan restoran Puts & Pots.
https://www.tiktok.com/@aizamzakry/video/7145008343407398171?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@aizamzakry roda mula berputar #queenelizabeth ♬ original sound – Boss Danok
Melihat ruangan komen, ramai orang ramai turut mendukung segala pengorbanan dalam mengatasi jerit perih yang pernah dilakukannya itu untuk kembali bersemangat. Semua bagaikan bersatu memberi semangat antara satu sama lain dalam mencari rezeki bagi kelangsungan hidup.
“Alhamdulillah, keep strong. Bukti kegagalan bukan selamanya. Yang indah pasti menanti kita terus kuat,” ujar seorang netizen bernama Almanfaea.
“Subhanallah sangat motivasi. Kalau saya di tempat abang belum tentu saya sekuat secekal abang. Goodluck teruskan perjuuangan ya abang,” kata netizen lain bernama Din Haikal memberi komen kepada kisah peniaga lelong semua barang niaga itu.
Percayalah, selepas hujan pasti ada mentari yang muncul jika kita istiqamah dan sabar. Tuhan tidak akan mensia-siakan usaha hambanya yang berjuang. Percaya kepada yang maha kuasa. Semoga yang baik-baik sahaja buat semua dalam mencari rezeki.
Sumber: Aizamzakry