Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ramai Cemburu Lihat Persahabatan Lelaki Ini Dengan Kawan Bangladesh, Selalu Masak & Ajak Makan. Sampai Netizen Minta Resepi

Ramai Cemburu Lihat Persahabatan Lelaki Ini Dengan Kawan Bangladesh, Selalu Masak & Ajak Makan. Sampai Netizen Minta Resepi

Kategori:
kawan Bangladesh

Persahabatan tanpa mengira latar belakang dan kaum adalah satu persahabatan yang indah dan suci. Dengan berbekalkan keikhlasan dalam bersahabat, pasti orang lain turut merasakan keikhlasan itu.

Seperti persahabatan seorang lelaki Melayu dan seorang lelaki Bangladesh, persahabatan mereka mendapat perhatian ramai apabila kisah mereka menjalinkan pertemanan itu tular di laman TikTok. Ini kerana, orang ramai turut dapat merasai kemanisan hubungan mereka.

Ramai Cemburu Lihat Persahabatan Lelaki Ini Dengan Kawan Bangladesh, Selalu Masak & Ajak Makan. Sampai Netizen Minta Resepi

kawan Bangladesh

Melihat kepada antara videonya yang tular, video yang terbaru menceritakan bagaimana rakan Bangladesh yang digelar dengan nama Nahim itu mengajak lelaki Melayu dengan nama Nas berkunjung ke rumahnya untuk makan masakannya.

Apa yang menarik perhatian ramai, cara mereka bercakap dan bersembang dianggap comel oleh netizen. Lebih-lebih lagi, intonasi dan cara komunikasi Nahim dengan pelat bahasanya begitu menarik perhatian ramai.

Di video berkenaan, Nahim memasakkan lauk tradisinya, Ayam Bhuna untuk Nas dan ia kelihatan amat menarik dan sedap.

“Kitaorang panggil Ayam Bhuna, orang sini panggil apa? Saya tak pasti lah Nas.

“Waahhh, tengok macam rendang pun ada la.

“You makan ini, you mesti suka Nas. You tahu ini lauk kenapa sedap, ini ayam kampung,” kata Nahim mengajak Nas untuk makan dalam video persabahabatan dengan kawan Bangladesh itu.

Ketika menjamu selera, Nas memberi komen resepi Ayam Bhuna yang menyelerakan tersebut. Tengok dari luar pun dah tahu bahawa Ayam Bhuna yang dimasak Nahim sememangnya menjilat jari.

“Ada rasa macam rendang pun ada. Macam, masak berlado pun ada. Macam ada rasa masak lemak sikit pun ada,” kata Nas memberi komen serta pujian terhadap masakan kawan Bangladesh tersebut, Nahim.

Ayam Bhuna, Rasa Macam Rendang Ada, Macam Berlado Pun Ada..

kawan Bangladeshkawan Bangladesh

@kawannahim #chickenbhuna ♬ Si Gendut – Agus Gobang

Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang terharu melihat persabatan tersebut dan turut memuji serta meminta resepi lengkap Ayam Bhuna yang tampak lazat itu.

“Jenis dorang memang macam tu. Dorang ikhlas bagi orang makan. Saya pun kadang-kadang deme ajak makan. Masak pun sedap sampai satu kali. Haritu tambah 5 pinggan,” kongsi seorang netizen bernama Udin tentang kawan Bangladesh yang baik.

“Nahim ni kalau pandai masak macam ni kawen dengan aku je la senang,” kata seorang netizen lain.

“Minta resepi Ayam Bhuna, suruh Nahim tunjuk cara masak,” kata seorang lagi netizen dengan nama Male memberi komen di video kawan Bangladesh itu.

Netizen Minta Kongsi Resepi, Ayam Bhuna Nampak Menyelerakan

kawan Bangladesh

Seronok tengok persahabatan pemilik video dengan kawan Bangladesh ini. Lain kali, boleh masak sama-sama dan kongsi resepi dengan rakan TikTok lain.

Sumber: kawannahim

Baca juga: “Ini Yang Kita Mahu”, Kedai Makan Melayu Tapi Kebanyakan Pelanggan Cina, Rahsia Kedai Ini Jadi Tumpuan Ramai..

tags: | |