Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Ini Yang Kita Mahu” – Kedai Makan Melayu Tapi Kebanyakan Pelanggan Cina, Rahsia Kedai Ini Jadi Tumpuan Ramai

“Ini Yang Kita Mahu” – Kedai Makan Melayu Tapi Kebanyakan Pelanggan Cina, Rahsia Kedai Ini Jadi Tumpuan Ramai

Kategori:
kedai makan Melayu

“Makanan menyatukan kita semua.”

Itulah ayat yang kita selalu dengar dalam menggambarkan kesapaduan masyarakat berbilang kaum yang disatukan oleh makanan. Seperti di Malaysia, rakyat akan bersetuju jika mengatakan makanan seperti roti canai atau teh tarik mempersatukan jiwa berbilang bangsa.

Lihat saja di kedai Mamak misalnya, apabila ada perlawanan bola sepak tidak kira liga dunia atau lokal, pasti di meja-meja akan penuh dengan air teh tarik dan roti canai. Di meja itu pula, rakyat berbangsa Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain duduk sekali dan bersorak bersama. Apa yang membezakan adalah pasukan yang disokong masing-masing sahaja.

“Ini Yang Kita Mahu”, Kedai Makan Melayu Tapi Kebanyakan Pelanggan Cina, Rahsia Kedai Ini Jadi Tumpuan Ramai..

kedai makan Melayu

Seperti sebuah video yang tular dua hari lepas, sebuah kedai makan yang diusahakan oleh keluarga Melayu disebut ramai apabila semua kaum dan bangsa suka akan kedainya.

Menurut seorang pengguna TikTok, Norees menceritakan, bagaimana kedai makan Pak Majid Laksa Beras didatangi pelanggan yang kebanyakannya terdiri daripada rakyat berbilang kaum terutamanya bangsa Cina kerana kesedapan laksa beras yang diuli sendiri oleh mereka.

kedai makan Melayu

Selain itu, layanan yang baik dan pantas juga turut diakui oleh pelanggan lain. Makanan sampingan seperti cendol juga sememangnnya mantap dari segi rasanya.

“Kedai Melayu tapi Cina yang ramai. Apa yang special kedai ni weh? Laksa beras dia buat sendiri,” kata pemilik video, Norees dalam video kedai makan Melayu tapi kabanyakan pelanggan Cina.

Laksa Beras Dia Ramai Rakyat Cina Suka

kedai makan Melayu

@noreeshomemade

Kedai melayu TAPI cina yang ramai…ape yang special kedai ni wei????🤗🤗🤗 #fyp #norees #buatsampaijadi #kekpackminumpetang

♬ original sound – ❤️ELLZE❤️ – 🐥

@noreeshomemade Kedai melayu TAPI cina yang ramai…ape yang special kedai ni wei????🤗🤗🤗 #fyp #norees #buatsampaijadi #kekpackminumpetang ♬ original sound – ❤️ELLZE❤️ – Onton✝️

Meninjau ruangan komen, ramai yang turut memuji kedai terbabit yang menunjukkan ciri kita semua anak Malaysia. Kata mereka, layanan di sini sememangnya mesra selain turut menghidangkan makanan lazat tradisional yang lain.

“Laksa beras yang paling sedap di Kampung Selamat,” kata netizen bernama Halim.

“Kedai pun bersih, terbaik. Jual laksa, Cina suka makan laksa. Sis pun suka makan laksa,” komen netizen lain bernama Kak Z di video kedai makan Melayu tapi kebanyakan pelanggan Cina.

“Orang kampung kami, dekat je dengan rumah. Sekarang anak-anak Pak Majid duduk buat kerja. Dulu pergi anak kembar Pak Majid tu lani besar mana dah lah depa tu..”, cerita netizen bernama Haniesya.

Kita Semua Anak Malaysia, Kongsi Makanan & Kasih Sayang Bersama

kedai makan Melayu

Kan best tengok macam ni. Tanpa ada prasangka buruk terhadap kedai lain bangsa, kita duduk semeja menikmati makanan dengan gembira. Semoga kita terus aman damai sampai bila-bila.

Sumber: Norees

Baca juga: “Isu Lama Yang Baru Dipandang..”, Bukan Soal 5 Sen, Tapi Ini Prinsip, Kata PPIM

tags: | |