Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pesakit Covid Beri Kurma & Ajak Jururawat Makan Bersama, Akhir Sekali Terpaksa Ditolak Kerana..

Pesakit Covid Beri Kurma & Ajak Jururawat Makan Bersama, Akhir Sekali Terpaksa Ditolak Kerana..

Kategori:
jururawat makan bersama

Bagi jururawat yang ditugaskan untuk menjaga pesakit Covid-19, hal itu bukanlah sesuatu yang mudah. Selain dari bekerja tanpa mengira waktu, mereka juga berhadapan risiko yang tinggi untuk dijangkiti wabak tersebut.

Oleh itu, mereka perlu berpakaian dengan lengkap, dan perlu sentiasa berwaspada apabila sedang merawat pesakit. Walaupun ingin bermesra dengan pesakit, hal itu juga perlu dielakkan supaya dapat mengelakkan apa-apa risiko.

Pesakit Covid Beri Kurma Dan Ajak Jururawat Makan Bersama, Tapi..

Seperti mana yang terjadi baru-baru ini, seorang jururawat berasa terharu apabila salah seorang pesakit Covid-19 yang dijaga olehnya telah menghulurkan sebekas yang diisi dengan buah kurma dan mengajaknya makan bersama dengannya. jururawat makan bersama

Walaupun menghargai pemberian tersebut, wanita itu terpaksa menolak kerana kelengkapannya menghalangnya untuk makan. Malah, dia juga akan berisiko untuk dijangkiti dengan virus Covid-19 jika terdedah dan tidak menjaga jarak dengan pesakit. jururawat makan bersama

Menjelaskan situasi pada pesakit itu, dia tidak megambil hati ketika wanita itu menolak ajakannya. Malah, cuba memahaminya.

@sarahmajid28090308 Kisah makcik comel 👵🏻 #frontliners#headsprofessionalparis#headsprofessionalparissyampoo ♬ original sound – knisahmad – nisa.my

Menjengah di ruangan komen, ada juga yang berasa tersentuh dengan hal tersebut. Tak sampai hati nak menolak ajakan orang tua katanya, namun hal tersebut terpaksa dilakukan bagi menghentikan penularan wabak Covid-19.

Tak Sampai Hati Nak Tolak Ajakan Orang Tua.. jururawat makan bersama

Walaupun tak sampai hati nak tolak bila diajak untuk makan bersama, namun keselamatan diri dan orang lain juga perlu diambil kira. Menjadi seorang jururawat sangat mencabar pada masa kini. Semoga terus tabah.

Kredit: TikTok sarahmajid28090308

Baca Juga: Tiba-Tiba Temui Anak Lipas Dalam Nasi Lemak, Wanita Ini Nasihat Peniaga Lebih Berhati-Hati! 

tags: