Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Memang Rasa Geram Sangat..”, Wanita Ini Pesan Nasi Goreng Kampung Tak Nak Pedas Tapi Ini Pula Yang Dapat

“Memang Rasa Geram Sangat..”, Wanita Ini Pesan Nasi Goreng Kampung Tak Nak Pedas Tapi Ini Pula Yang Dapat

Kategori:
NASI GORENG KAMPUNG TAK NAK PEDAS

Makanan pedas menjadi kegemaran ramai. Dengan trend spicy food challenge yang semakin menjadi-jadi, orang ramai berlumba-lumba untuk mencuba pelbagai makanan pedas yang ada.

Namun tak semua orang mampu mengambil makanan itu. Ada yang tak tahan dan mempunyai deria rasa dan perut yang sangat sensitif. Jika termakan, ia akan mendatangkan pelbagai masalah kesihatan seperti loya, muntah-muntah dan sakit perut. Oleh itu, mereka yang sensitif dengan makana pedas tidak akan mengelakkannya. Jika memesan makanan di restoran, mereka perlu memesan pada tukang masak untuk kurangkan pedas atau membuangkan segala jenis cili yang digunakan dalam resepi tersebut.

Pesan Nasi Goreng Kampung Tak Nak Pedas Tapi..

Terbaru, seorang wanita mengeluh rasa kecewa dengan kelalaian seorang peniaga. Berkongsi di laman TikTok menerusi akaunnya, ummimamaammu97, wanita itu yang tahu anaknya tidak mampu makan makanan pedas telah pesanan pada tukang masak untuk menyediakan makanan yang telah dipesan mengikut caranya. NASI GORENG KAMPUNG TAK NAK PEDAS

Menggunakan aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan, wanita itu telah memesan nasi goreng kampung dari sebuah kedai makan. Oleh kerana anaknya masih kecil dan tidak mengambil makanan pedas, wanita itu meminta agar peniaga tidak meletakkan sebarang cili dalam nasi goreng tersebut. NASI GORENG KAMPUNG TAK NAK PEDAS

Namun apa yang tiba adalah sangat mengecewakan. Mungkin tak disedari, tukang masak itu tetap meletakkan cili yang banyak dalam nasi goreng kampung itu. Jelas hal itu amat mengecewakannya kerana dia telah membayar makanan tersebut.

https://www.tiktok.com/@ummimamaammu97/video/7060714337865960731?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052513906526406145

@ummimamaammu97 hurmmmm… 😿😿😿 #sadstory #butakali ♬ suara asli – jasjus dust

Menjengah di ruangan komen, warganet turut berasa geram dengan perkara tersebut. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama sepertinya.

Geramnya Rasa… NASI GORENG KAMPUNG TAK NAK PEDAS NASI GORENG KAMPUNG TAK NAK PEDAS

Seharusnya peniaga tidak leka dan membaca setiap pesanan yang ditinggalkan oleh pelanggan. Tak semua bahan-bahan yang digunakan dalam hidangan boleh dimakan oleh sesetengah individu atas faktor alergik dan sebagainya.

Kredit: TikTok ummimamaammu97

Baca Juga: “Teruskan Berkhayal..”, Bengang Kerana Terbeli Telur Ayam Palsu, Tapi Ini Pula Respon Netizen

tags: |