Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pesan Roti Sardin Kedai Mamak, Pelanggan Terkejut Dapat Hidangan Macam Ni, Rupa-Rupanya..

Pesan Roti Sardin Kedai Mamak, Pelanggan Terkejut Dapat Hidangan Macam Ni, Rupa-Rupanya..

Kategori:
roti sardin Kedai Mamak

Kedai Mamak sememangnya syurga roti canai. Pesan sahaja roti canai daripada Kedai Mamak, pasti rasanya memang padu dan sedap.

Dengan limpahan kuah banjir yang dicicah bersama roti, menjadikan Kedai Mamak antaran pilihan yang dituju untuk makan roti canai bersama keluarga atau teman.

Bercerita mengenai roti canai dan Kedai Mamak, satu video telah tular di laman TikTok apabila pelanggan memesan roti sardin di situ dan terkejut dengan bentuk pesanan yang sampai.

Pesan Roti Sardin Kedai Mamak, Pelanggan Terkejut Dapat Hidangan Macam Ni, Rupa-Rupanya..

roti sardin Kedai Mamak

Melihat kepada video berkenaan, roti sardin yang dipesan sampai ke meja dalam bentuk adunan roti dan tin sardin.

Dalam video berkenaan, seorang lelaki menunjukkan roti dan sardin kepada pelanggan dengan menjelaskan kepadanya bahawa ‘ini roti, ini sardin’.

Dalam keadaan berseloroh itu, pelanggan terhibur dan gelak tawa pecah di antara perbualan dan gelagat mereka. Tidak dapat dipastikan bagaimana seloroh dan gurauan itu bermula, tetapi video berkenaan telah tular di laman TikTok dan ia sememangnya menghiburkan orang ramai.

“Mamak ni buat pun weh…”, katanya dalam keterangan video gurauan roti sardin Kedai Mamak.

Gurauan Roti Sardin Memecah Tawa Orang Ramai

Melihat kepada gurauan mereka, ia dapat menghiburkan kepada yang menontonnya. Kadang-kala, sememangnya gelak tawa diperlukan untuk kita dalam menghadapi hari-hari yang panjang, kan?

roti sardin Kedai Mamak

https://www.tiktok.com/@yanni404_/video/7137730443494903067?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139338906701907458

@yanni404_Mamak ni buat pun weh♬ original sound – Yb Yan – Yanni

Melihat kepada ruangan komen, netizen turut bergelak ketawa dan ada juga yang turut menyambung lawak terbabit.

“Hahaha risau, okay lepas ni cuba buat roti boom pulak,” kata seorang netizen.

“Member macam koyak je tu,” komen netizen lain bernama Mirulkhuz memberi reaksi kepada video gurauan pelanggan terkejut mendapat hidangan roti sardin yang sebegitu rupa di Kedai Mamak berkenaan.

“Tengok roti telur bang camne bang. Dia letak telur apa situ nanti,” soal netizen seterusnya bernama Ako.

“Kalau Letak Roti Bom Macam Mana..?”

roti sardin Kedai Mamak

Bila tengok pada awal video, min pun terkejut roti sardin versi baru tu. Tapi, ia sekadar guaraun yang diperlukan untuk menghiburkan hati.

Apa-apa pun, terbaik bang! Terima kasih sebab dah hiburkan kami.

Sumber: Yanni

Baca juga: Citarasa Hotel Dengan Harga Warung, Pak Mat Western Mudahkan Hidup Pelanggan. Netizen Suruh Buka Cawangan Seluruh Negara

tags: | |