Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pesan Teh Ais Mangkuk, Wanita Ini Tak Sangka Peniaga Hidang Dengan Cara Begini

Pesan Teh Ais Mangkuk, Wanita Ini Tak Sangka Peniaga Hidang Dengan Cara Begini

Kategori:
teh ais mangkuk

Bila berkomunikasi, kita perlu lah jelas supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan. Perkara yang ringkas dan mudah bagi diri kita mungkin tidak akan difahami orang lain.

Terutamanya bila membeli makanan atau minuman di kedai, kita perlu hati-hati bila melakukan pesanan kerana takut pelayan keliru dan akhirnya memberi kita lain dari yang diminta.

Pesan Teh Ais Mangkuk, Wanita Ini Tak Sangka Peniaga Hidang Dengan Cara Begini

Terbaharu, seorang gadis _syxhirxh.rosli_ telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi kisah lucu yang telah terjadi ke atas dirinya.

Mengunjungi sebuah kedai makan, wanita itu telah memesan minuman teh ais mangkuk untuk dinikmati sambil berbual dengan ayahnya. teh ais mangkuk

Namun bila minuman tersebut tiba, dia berasa terhibur lihat cara peniaga menghidangkannya. Betul-betul meletakkan minumannya dalam mangkuk, ini bukannya cara dia mahu meminum minumannya.

“Aku sebab lama sangat tak balik Johor, jadi macam ni eh? Aku order teh ais mangkuk tapi dia letak teh ais mangkukbetul-betul dalam mangkuk. Jem otak!”, gelaknya.

Seharusnya minuman itu dibungkuskan dalam plastik, kemudian mangkuk tapi tak sangka pula peniaga buat begini.

@_syxhirxh.rosli_ #fypシ゚viral #fypシ゚viral🖤tiktok ♬ bunyi asal – I R A A🍼

Meninjau di ruangan komen, orang ramai sangat terhibur melihat rakaman tersebut. Ada juga yang hingga gerun nak pesan minuman di luar gara-gara kejadian ini.

“Nightmare become reality. Aku memang takut kedai tak faham. Nah, kedai ini betul-betul tak faham.”, luah seorang pengguna.

Peniaga Salah Faham, Betul-Betul Hidang Dalam Mangkuk Buat Ramai Nak Gelak teh ais mangkuk

Terkejut pula bila tengok cara minuman ini dihidangkan, kan? Tak apa lah, asal boleh minum sudah. Lain kali sebelum membuat pesanan kena lebih berhati-hati, takut peniaga salah faham pula.

Kredit: _syxhirxh.rosli_

Baca Juga: “Mesti Ingat Aku Syok Sendiri!” – Wanita Ini Makan Sushi Hingga Tak Sedar Kelakuan Pekerja Di Belakang

tags: | |