Lauk telur bungkus sememangnya menjadi pilihan jika makan ke kedai masakan panas, lagi-lagi kedai tomyam. Ia adalah makanan dan lauk yang banyak dipesan pelanggan. Makan pula dengan nasi panas-panas, memang sedap.
Telur bungkus biasanya diletakkan lauk ke dalamnya. Telurnya dilipat menjadi segi empat berisikan lauk ayam atau daging dan terkadang dicampur bersama sayur, bergantung kepada cara masakan seseorang.
Tetapi, ia berbeza dengan seorang pelanggan di salah sebuah kedai makan. Pengalamannya memesan telur bungkus menjadi hampa dan kecewa apabila rupa telur bungkus tidak mencapai ekspektasi.
Ini kerana, telur yang dipesan hanyalah telur dadar goreng bersama kuah merah dan isi lauk serta sayur. Telur berkenaan tidak dibungkus tetapi hanya diletakkan sahaja bersama kuah yang dicurah ke atas telur.
Bersamanya, dia memesan nasi putih untuk dimakan bersama telur bungkus berkenaan.
“Bila order telur bungkus tapi tak tau apa yang dibungkus. Penat lah macam ni,” tulisnya bagi keterangan video untuk kisah pesan telur bungkus berkenaan.
@haralervs
@temporarilyinvisible penad lah mcm ni 😭 #fyp #fypシ #iium ♬ Apeni Aina Abdul – Aina Abdul Devotee
Melihat ruangan komen, rata-rata netizen memberi komen berunsur sarkastik dan jenaka.
Misalnya, seorang netizen bernama Huzalymohd berkata, “bang telur bungkus, bungkus asing,”komennya dalam ruangan komen berkenaan.
Selain itu, seorang lagi netizen berkata, mungkin telur bungkus yang difahami tukang masak tu adalah bungkus lain. Dia memberi komen berunsur lawak kepada kisah terbabit.
“Mungkin bungkus bawa balik,” komennya dalam kisah pesan telur bungkus ini.
Secara kesimpulannya, sebagai peniaga, masaklah dengan cantik supaya pelanggan pun bahagia dan gembira nak makan. Mungkin ada orang yang betul-betul teliti berkenaan telur bungkus ini, kerana ia patut dibungkus, bukan diletakkan di atas kuah. Rasanya jika kuah macam ni, kita panggil ia sebagai telur bistik.
Kalau korang macam mana? Pernah dapat telur bungkus macam ni ke?
Sumber: TikTok
Baca juga: “Jual Kelapa Dan Kerang..”, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Jumpa Bajau Laut, Netizen Sedih Dan Sebak