Dalam keadaan sekarang, orang ramai semakin bimbang tentang bekalan dan isu ayam yang kian merosot. Ada yang meluahkan kekecewaan apabila banyak tempat penjualan ayam yang dikunjunginya habis dan tutup sehingga buntu di mana lagi boleh dapatkan bekalan ayam.
Di Selangor misalnya, ramai yang merungut tentang keadaan ini. Rata-rata menyatakan harga ayam yang semakin meningkat serta bekalan stok ayam terputus telah menjadi isu berpanjangan. Hal ini amat terkesan buat mereka.
Semalam, pengusaha pasaraya Mydin serata negeri, Datuk Wira Haji Amer Ali Mydin berkata, orang di Selangor khususnya tidak perlu bimbang tentang isu ayam di Selangor.
Jelasnya, Mydin Subang Jaya masih memiliki stok bekalan ayam yang mencukupi dengan syarat had pembelian kepada 1 pelanggan 2 ekor ayam.
“Memang ayam tu terhad, tapi bukan tak ada ayam. Memang ayam bulat terhad, tetapi potongan ayam banyak. Peha ada, whole legs ada, chinken wings pun ada.
“Di sosial media ni kita nak posting ni janganlah post benda tak betul, memang ada had, 1 pelanggan boleh beli 2. But don’t panic ya!,” jelasnya dalam satu hantaran video di laman TikTok semalam bagi mengulas isu ayam yang hangat diperkatakan.
Menjengah kepada ruangan komen, ada sesetengah netizen menyuruh pengusaha Mydin membuka cawangan Mydin di tempat yang belum wujud penubuhan di sana. Antaranya ada yang menyuruh membuka cawangan di Langkawi, Sabah, Bentong dan kawasan pinggir bandar.
Misalnya, seorang pengguna TikTok bernama Puppet Meister meluah, “mohon Datuk buka Mydin berkonsepkan kedai runcit di kawasan suburban,” jelasnya dalam ruang komen berkenaan.
Jadi, jika anda berada di kawasan sekitar Mydin Subang Jaya, bolehlah pergi tinjau bekalan ayam dan membeli ayam di sana. Bagi kawasan yang kekurangan ayam, merujuk portal berita, Mesyuarat Kabinet akan dipercepatkan bagi membincangkan isu ayam ini.
Selain itu, ia bukan hanya membabitkan perbincangan isu ayam, tetapi isu membabitkan kos sara hidup yang negara jangka akan meningkat. Semoga ada sinar dan harapan yang terbaik buat kita semua.
Sumber: Mydin Malaysia
Baca juga: Membimbangkan! Satu Fakta Krisis Kelaparan Yang Masyarakat Dunia Perlu Tahu