Langgan Newsletter

Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Pasar Raya LuLu Anjur Pesta Mangga Besar-Besaran, Ada 10 Jenis Mangga Luar Negara Tersedia. Jom Try!

Pasar Raya LuLu Anjur Pesta Mangga Besar-Besaran, Ada 10 Jenis Mangga Luar Negara Tersedia. Jom Try!

Kategori: ,
Pasar Raya LuLu

Pasar Raya LuLu yang merupakan pengendali runcit terbesar di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara mengadakan Pesta Mangga secara besar-besaran buat pengunjung yang datang.

Acara yang berlangsung sejak 21 Mei 2024 itu menerima sambutan yang menggalakkan apabila ramai pengunjung datang untuk menikmati hidangan mangga unik yang datang daripada pelbagai negara lain.

Pasar Raya LuLu telah mengadakan jualan mangga ‘rare’ yang terdiri daripada 10 jenis pilihan mangga luar negara yang berkualiti serta sedap rasanya.

10 Jenis Mangga Luar Negara Tersedia Di Pesta Mangga Pasar Raya LuLu

Jualan mangga seperti Mangga R2E2, Mangga Golden Phoenix, Mangga Kesar (India), Mangga Chokanan (Thailand), Mangga Black Gold (Thailand), Mangga EV (India), Mangga Banganapalli (India) dan banyak lagi boleh didapati di Pesta Mangga Pasar Raya Lulu.

Kepelbagaian mangga yang dijual di Pasar Raya LuLu membolehkan pelanggan untuk menikmati dan mencuba sendiri mangga yang sedap dengan hanya membelinya di satu tempat.

Jualan Produk Makanan Berasaskan Mangga

Selain itu, terdapat jualan lain yang berasakan mangga dijual dalam pelbagai bentuk minuman dan makanan.

Antara makanan dan minuman yang dijual di sana adalah Salad Mangga, Mango Chat, Manga Pulao, Manggo Chicken Chilli dan kek yang berasaskan mangga serta banyak lagi hidangan yang ada.

Ada yang dijual dalam bentuk makanan siap dan ada juga yang dijual dalam betul bungkusan produk.

Pesta Mangga ini berlangsung selama 7 hari dan berakhir pada 27 Mei ini.

@dailymakan 📍 LuLu Hypermarket Malaysia  Lulu Capsquare KL Lulu Shamelin, Cheras  Lulu Amerin, Seri Kembangan Lulu Ecohill, Semenyih Lulu Toppen, JB #LuLuHypermarket #PestaMangga #Mangga #LuluMangoMania #IniKaliLaa ♬ original sound – Daily Makan

Jika anda ingin berkunjung ke Pesta Mangga ini, boleh lah berkunjung ke Pasar Raya LuLu yang tersedia:

📅 21 – 27 Mei 2034 (Pesta Mangga)

📍 LuLu Hypermarket Malaysia 

  • Lulu Capsquare KL
  • Lulu Shamelin, Cheras 
  • Lulu Amerin, Seri Kembangan
  • Lulu Ecohill, Semenyih
  • Lulu Toppen, JB

Sibuk dengan rutin harian? Tiada masa untuk beli belah di pusat membeli-belah? Jangan risau! Jom shopping di Pasar Raya LuLu dengan satu klik sahaja!

LuLu buat penghantaran kepada korang 👉 https://www.luluhypermarket.com/

Selamat menikmati hidangan mangga dan makanan sedap serta promo diskaun menarik buat semua!

#LuLuHypermarket #PestaMangga #Mangga #LuluMangoMania #IniKaliLaa!AyuhRasaiSuasanaDanEnaknya

tags: |