Tak semua orang suka akan petai kerana baunya yang sangat kuat hingga membuatkan orang lain tidak suka. Tapi, ada sesetengah orang makan tertutamanya masyarakat dari Kelantan kerana ianya adalah satu ulaman yang paling sedap.
Mungkin kebanyakkan yang tidak menyukainya kerana tidak tahu cara untuk buka petai dan tidak tahu cara sebenar untuk makannya. Tapi harganya murah sahaja, satu keping boleh dapat banyak biji dan makan bersama budu.
Tapi lain pula harga di negeri lain, katanya di sebuah kedai runcit terkemuka dengan harga RM113 dan ia mengejutkan para netizen. Video ini dikongsikan oleh pelanggan yang berkunjung di kedai itu bernama ladyrara017.
Mungkin harganya mahal kerana petai itu sudah dikupas dan disejukkan di dalam satu bekas yang tidak akan rosakkan.
Bagaimana harganya boleh mencecah hingga ke RM113? Adakah kerana di sana susah untuk menjumpai petai? Mungkin itu juga salah satu sebabnya.
Jadi untuk masyarakat Kelantan, hargailah sementara petai anda harga masih murah.
Agak-agak, ada tak yang akan beli dengan harga tersebut? Tapi, kalau anak Kelantan yang merantau di negeri orang dan sangat rindukan petai. Mesti beliau membeli dan rindukan suasana negerinya.
@ladyrara017 This is at Village Grocer Avenue K 🤣#petai #avenueK #klcc #inflation #joke #fyp #malaysia
@ladyrara017 This is at Village Grocer Avenue K 🤣#petai #avenueK #klcc #inflation #joke #fyp #malaysia ♬ Funny – Gold-Tiger
Meninjau di ruangan komen, para warganet juga terkejut kerana harga petai boleh mencecah ke harga beratus ringgit. Tapi ada juga memberitahu bahawa harga petai sekarang memang mahal dan wajar jika harga begitu.
Dilihat di ruangan komen rupanya memang harga pasaran petai sekarang mahal dan tambahan pula ia masuk di market akan lagi mahal dan harga jadi begitu.
Kredit: ladyrara017