Di setiap rumah pasti memiliki sekurang-kurangnya satu peti ais. Peti ais sangat penting untuk kita. Peti ais merupakan alat elektronik yang sangat berguna untuk kehidupan seharian kita. Peti ais digunakan untuk menyimpan makanan, minuman, bahan masakan dan sebagainya.
Peti ais boleh menyimpan makanan dan minuman dalam masa yang lama. Kita dapat menyimpan makanan yang tidak habis di dalam peti ais. Oleh itu, kita mestilah menjaga kebersihan peti ais dengan sempurna suapaya kita dapat makan makanan yang bersih. Di samping itu, kita hendaklah sentiasa memantau kebersihan di dalam peti ais.
Peti ais mestilahn sentiasa berada dalam keadaan yang bersih. Kebiasaannya apabila balik dari percutian yang panjang dan peti ais dibuka, terdapat beberapa bau kurang menyenangkan hingga boleh menimbulkan rasa mual. Pasti kita tidak selesa apabila peti ais berada dalam keadaan yang berbau sebegitu.
Tip penjagaan hindar peti ais berbau:
Berikut merupakan beberapa tips untuk memastikan peti ais sentiasa segar dan bebas bau.
- Sentiasa bersihkan peti ais dan lap air atau makanan yang tertumpah sebelum ia melekat dan mengeluarkan bau kurang menyenangkan. Anda boleh lap sekali lagi kawasan itu dengan menggunakan kain yang dibasahkan dengan jus tomato.Setelah itu, lap sekali lagi menggunakan air suam.
- Bagi kotoran degil, gosok menggunakan soda penaik dengan menggunakan kain yang lembap. Soda penaik juga boleh digunakan untuk menyerap bauan kurang menyenangkan dalam peti ais. Buka bekas soda penaik dan letakkan pada satu sudut dalam peti ais.
- Selain soda penaik, bahan lain yang boleh digunakan untuk menyerap bau dalam peti ais ialah kopi kisar yang dituang pada pinggan ataupun arang aktif.
- Setkan suhu peti ais yang optimum. Suhu peti ais yang terlalu tinggi akan menyebabkan makanan cepat rosak. Namun, jika terlalu rendah akan menyebabkan pembaziran dari segi bil elektrik.
- Gunakan bebola kapas yang dibasahkan dengan vanila dan letakkan di dalam peti ais untuk mendapatkan bau harum. Potongan lemon juga boleh diletakkan untuk mendapat bau segar setiap kali peti ais dibuka. Anda juga boleh menggunakan oat kerana ia boleh menyerap sebarang bau.
- Jangan simpan makanan terlalu lama di dalam peti ais. Gunakan ia dalam tempoh beberapa hari dibeli, bagi mengelakkan pembaziran. Keluarkan dan buang makanan yang sudah hampir tamat tempoh atau sudah menunjukkan tanda basi atau rosak.
- Bagi memastikan peti ais segar, lap dengan cuka untuk menghilangkan minyak di permukaan.
- Bagi mengelak bau makanan berpindah kepada makanan lain atau ‘mencemarkan’ kesegaran peti ais, simpan semua makanan dalam bekas kedap bertutup. Ais juga boleh disimpan di dalam bekas bertutup bagi mengelak bau makanan laut terlekat padanya.
- Roti tidak harus disimpan di dalam peti ais kerana sifatnya yang menyerap bau, menjadikan ia tidak begitu menarik untuk dimakan sebaik dikeluarkan dari peti ais.
- Tandakan tarikh beli dan tamat tempoh setiap makanan pada bekasnya supaya ia tidak perlu disimpan lama. Bukan saja bau dapat dihindarkan, peti ais juga tidak menjadi terlalu padat, sekali gus suhu kekal sejuk.
- Sekiranya suhu peti ais menurun mendadak, dapatkan bantuan orang lain untuk membaikinya dengan kadar segera.