Bila bercerita tentang Petronas, kita pasti sudah terbayang snek dan minuman yang biasa kita beli bila kita singgah mengisi minyak atau tambah nilai Touch ‘N Go.
Ada kalanya, sesetengah Petronas mungkin ada jual makanan lain seperti pau, jagung, atau kuih muih.
Namun, penemuan satu Petronas yang sangat unik di Pendang ini buatkan ramai orang terkejut! Anda pasti tak sangka apa yang anda boleh dapati di sini.
Sebaik saja masuk ke dalam, anda sudah boleh merasai suasana macam di pasar raya! Mana tidaknya, ada macam-macam barangan basah, rempah ratus dan keperluan dapur terjual dekat sini!
Sejak cawangan Petronas ini tular di media sosial, ramai yang cukup kagum dengan konsep unik yang dibawakan oleh stesen pam minyak ini.
Stesen pam minyak ini juga dikatakan cawangan Petronas pertama yang menawarkan barangan basah. Jangan tak percaya, ayam kampung segar, ikan kembung, ikan selayang semua ada dekat sini tau. Selain itu, pelanggan juga boleh dapatkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar, rempah ratus, barangan kering seperti tepung, beras dan gula pasir, serta barangan sejuk beku. Tak payah singgah banyak tempatlah kalau ada Petronas macam ni!
Selain itu, keperluan lain pun ada seperti barangan mandi, cecair peluntur, peluntur, pewangi rumah dan sebagainya.
Petronas Pendang ini juga pernah tular di TikTok tak lama dahulu. Rata-rata netizen cukup terkejut dengan produk yang ditawarkan di sini sambil memuji konsep pasar raya yang diketengahkan oleh pemiliknya. Memang bernas!
@sitinur2626 Reply to @yayaaris87 ya sis..Petronas Pendang paling UNIK di Malaysia 🥰🥰 #fyp #fypシ #fypage #viral #tiktok #malaysia #petronas #petronastwintower
Bukan setakat menawarkan barangan keperluan di dapur yang serba lengkap, Petronas yang sangat unik ini juga menempatkan Pablo Café yang menjual aneka minuman yang menyegarkan, pastri dan kek.
Oden pun ada tau! Walaupun harganya mampu milik, namun kualiti makanan dan minuman di Pablo Café ini bukan biasa-biasa!
Antara minuman yang selalu dipesan di sini adalah Strawberry Cheesecake Oat dan Caramel Chocolate Chip. Tengok pun dah tau sedap!
Rata-rata orang di sekitar Pendang sudah menjadikan cawangan Petronas ini sebagai tempat persinggahan yang wajib bagi mereka untuk dapatkan keperluan harian. Sangat memudahkan mereka untuk dapatkan pelbagai barangan pada waktu kecemasan atau pada lewat malam!
Serba serbi lengkap dari barangan dapur, kelengkapan peribadi dan barangan kering, memang wajarlah tempat ini selalu ramai pengunjungnya.
Kalau dekat memang nak serbu! Siapa yang ada plan nak ke utara, jangan lupa untuk singgah ke Petronas Pendang! Setakat ini, memang cawangan stesen minyak ini sajalah yang menawarkan pengalaman membeli-belah persis macam di pasar raya.
Bagi yang ada berdekatan Pendang, Kedah, jangan lupa untuk singgah di cawangan Petronas yang cukup unik ni.
Sumber : Facebook Petronas Pendang, TikTok @siti5874